Thursday 24 March 2011

Biru Langit Guna Photoshop CS5

Memang dah jadi kebiasaan, gambar yang diambil oleh kamera murah kita ni tak serupa apa yang kita lihat dengan mata kita. Kita tengok langit membiru, awan memutih tapi bila masuk dalam camera digital semua jadi gray jer. Nampak plain. Senang cakap, nampak tak cantiklah. Jadi kita gunakan photoshop untuk kembalikan semula keindahan alam semula jadi.. cewah

Sebelum : Langit nampak putih dengan biru sikit-sikit.
Selepas: Langit nampak biru dan kepulan-kepulan awan jelas kelihatan.
Tapi kadang-kadang, memang itu yang kita nampak. Langit waktu tu, memang tak nampak biru sangat. Tapi saja je kita nak bagi cantik sikit. Untuk kepuasan diri sendiri kata orang.

Nak birukan langit guna Photoshop CS5 ni memang sangatlah mudah. Okay, buka gambar yang kita nak ubah suai kaler langit tu.



1. Tambahkan Blank Layer
Apabila kita mula-mula buka gambar, cuma ada satu aje layer iaitu Background layer di Layer palette. Kita perlu tambahkan satu layer transparent yang kosong di atas Background layer.

Caranya dengan hanya klik pada icon create new layer.

Lepas tekan icon create new layer, terus aje Layer 1 tu menjelma di atas layer Background. Senangnya!

2. Reset Foreground dan Background Colours
Tekan key D pada keyboard untuk reset foreground colour kepada warna hitam dan background kepada warna putih.
Foreground kaler merah, kena tukar default hitam dengan tekan key D

Dah okay

3. Klik Gradient Tool
Klik Gradient Tool dari Tool palette atau dengan cara mudah tekan sahaja G pada keyboard.


4. Pilih Gradient Foreground to Transparent
Boleh pilih Gradient dari pada toolbar dibahagian atas, atau cara lain dengan klik kanan pada gambar. Kemudian pilih Foreground to Transparent. Selepas pilih, klik pada mana-mana bahagian gambar untuk menutup window pilihan itu.


5. Heret Gradient Pada Gambar
Pastikan layer yang terpilih adalah Layer 1. Klik mouse pada bahagian tengah langit, jangan lepaskan mouse, heret hingga ke bawah sedikit dari garisan pertemuan langit dan laut (atau langit dan darat). Masa mengheret mouse tu tekan juga Shift key pada keyboard untuk mendapatkan garisan tegak. Lepas tu lepaskan button mouse.

Apa yang akan terhasil ialah langit dibahagian atas permulaan heretan tadi jadi hitam. Dalam heretan pula akan jadi warna hitam yang beransur-ansur hilang.


6. Tukar Blend Mode Layer 1 kepada Overlay
Dengan Layer 1 masih lagi terpilih, tukar Blend Mode dari "Normal" kepada "Overlay". Kat list ni selain daripada Normal dan Overlay, ada banyak lagi pilihan. Kalau nak tahu kesannya kena rajin buat experiment.

Bila dah tukar blend mode Layer 1 jadi Overlay, barulah langit nampak biru, berseri-seri.

Tapi ada problem lain pulak. Bahagian yang tak sepatutnya gelap, jadi gelap pulak. Kena sipi-sipi je tu. Contohnya kat bahagian belukar tu. Lepas ni kita settlekan bahagian ni pulak menggunakan layer mask.

7. Tambahkan Layer Mask Pada Layer 1
Untuk buat layer mask pada Layer 1, pastikan yang Layer 1 itu terpilih terlebih dahulu. Kemudian klik pada icon Add Vector Mask di bahagian bawah Layer palette.



8. Pilih Brush Tool
Gunakan brush. Boleh pilih di Tool palette atau tekan sahaja key "B" pada keyboard.


9. Set Warna Foreground kepada Hitam
Pilih layer mask yang kita buat pada Layer 1 tadi. Kita akan gunakan brush dengan warna hitam. Jadi pastikan warna foreground adalah warna hitam.


10. Gunakan Brush Pada Bahagian Hendak Dipulihkan
Bila kita gunakan gradient di step 5 tadi kita dah tercover sekali bahagian pokok belukar. Jadi sekarang kita nak buang cover tu daripada pokok-pokok itu dan bahagian-bahagian lain yang sepatutnya.


Sapukan brush pada kawasan pokok belukar tadi (Pastikan layer mask telah dipilih). Pilih saiz brush yang sesuai. Boleh gunakan key "[" atau "]" pada keyboard untuk kecilkan dan besarkan saiz brush.

Jika tersilap sapu, tekan key X untuk tukar foreground kepada warna putih untuk betulkan semula kesilapan, dan tekan X kembali untuk tukar foreground colour kepada hitam untuk teruskan kerja.

Kita tak nampak yang kita sapukan warna hitam pada gambar kerana apa yang kita buat adalah pada layer mask, bukan direct kepada gambar. Kita boleh lihat kesan tersebut di Layer Mask pada Layer palette.


Okay, dah pun siap. Warna belukar tadi sudah balik keasal dan warna langit pula telah biru berseri-seri.

* Bila gunakan warna hitam (pada step 2), biru langit tu nampak natural. Tapi kalau tak puas hati dan nak nampak lebih biru lagi, kat step 2 tu tukar guna warna biru pekat.


Video:
Video ni tak ada suara. Tapi kalau dah baca arahan di atas tu, rasanya boleh fahamlah.



Credit: Tutorial Photoshop ini adalah berpandukan tutorial dari PhotoshopEssentials.com

5 comments:

Fairus Bin Mamat said...

TAK PANDAI GUNA PHOTOSHOP.. NANTI NAK BELAJARLAH.. KAT KOMPUTER NI PON TAKDE SOFTWARE DIA..

Drunbella Khoo said...

oh macam tu.
lepas neh boleh laa try.
tq beb.
=)

mancisdahbasah said...

Fairus Bin Mamat:
Kalau tak tahu kena belajar. tapi kalau nak belajar kena ada minat. kalau tak minat, tak seronoklah.

Drunbella Khoo:
ye ye.. senang aje. try lah..

Anonymous said...

lama tak buke photoshop... dulu masa study kat u selalu guna. Kelab selalu suruh aku design poster, baju, badge dan mcm la... rindu pulak masa kat u....
dah keje nak sendtuh photoshop pun tak sempat. lagipun tak tahu nak design ape.

Unknown said...

Done.... hahah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...