Saturday 19 March 2011

Jam Tangan Guess Waterpro 1998


Saja je aku nak tulis pasal jam. Inilah satu-satunya jam aku. Jam tangan Guess Waterpro buatan tahun 1998. Dah 13 tahun dah jam ni. Tak pernah lagi rosak. Cuma ada sekali tu bateri dia jer habis. Lepas tukar bateri, dia ok balik. Lama juga bateri dia tahan. Dalam 7-8 tahun baru kena tukar bateri. Nampak macam dah tak berkilat. Tapi bila lepas polish pakai Brasso, sure berkilat macam baru beli.



Jam ni dihadiahkan oleh awek aku masa tu (sekarang dah jadi bini), sebagai hadiah hari jadi. Dia beli kat Leisure Mall Taman Pelangi JB pada tahun 1998. Harga dia RM399. Kedai tu kat tingkat bawah kat bahagian tengah sebelah kiri dalam Leisure Mall, sekarang dah jadi Giant.

Aku ni memang jenis tak suka pakai jam. Apatah lagi kalau pakai gelang macam bebudak pakai sekarang. Amatlah merimaskan bagi aku. Rasa macam tak bebas jer. Berat je tangan rasanya. Tapi bila dah dapat hadiah dari orang tersayang, pakai ajerlah. Lama-lama dah terbiasa pulak pakai jam. Kalau tak pakai jam rasa kosong dan macam tak ada style.. cewah..


Ada dulu bila berat badan aku naik mendadak, masa baru lepas kawin, terpaksa bagi adjust dia punya gelang supaya panjang sikit supaya muat. Lepas tu bila dah kurus balik, longgarlah pulak, kena adjust balik, kasi buang satu bahagian supaya kecik sikit dan tak longgar.

Tapi, memang aku cukup minat dengan design jam Guess ni. Aku rasa macam tak ketinggalan zaman. Pada hal dah 13 tahun dah dimakan usia. Kekadang kalau aku belek-belek jam ni, rasa macam bernilai sangat. Macam unik jer design dia. Dah 13 tahun aku tak pernah beli atau pakai jam lain.. hehehe..

Aku ada juga belek-belek gambar jam-jam design terkini, tapi masih belum lagi yang berkenan.

Begitulah sahaja cerita saya mengenai jam saya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...