Monday 14 March 2011

Impak Gempa Bumi Di Jepun Terhadap Internet

Memang ada slow sikitlah internet hari ni (Isnin). Terutama Facebook yang lembab gile. Tapi laman web yang lain aku tengok tak efek sangat. Kalau slow pun slow sikitlah. Banyak orang Malaysia ni yang gilakan Facebook, jadi bila line ke Facebook lembab mereka akan cakap line lembab keseluruhannya.

Tapi yang agak peliknya, masa hari Jumaat selepas berlakunya gempa bumi tu, line macam biasa je. Aku tak rasa langsung perbezaannya. Sampailah pagi tadi ok je. Tadi aku cek Facebook memang slowlah. Aku rasa efek ni baru je di rasai pasal semua orang baru masuk kerja hari ni. Hari ni kan Isnin. Ramai yang online dari pejabat rupanya.. hahahah.. kantoi disitu. Ramai rakyat Malaysia online Facebook  dari pejabat.. hahaha

Gempa bumi kat Jepun Jumaat lepas memang telah mengganggu gugat kabel internet dasar laut yang menjadi talian hayat syarikat-syarikat telekomunikasi dari negara-negara Asia. Telekom Malaysia pun tak terkecuali. Kabel dasar laut yang terjejas teruk ialah Japan-US Cable Network (JUCN atau JUSCN atau J-US) dan Asia Pacific Cable Network 2  (APCN2). APCN2 adalah kabel telekomunikasi atara negara-negara di kawasan Asia Pasific manakala JUCN menyambungkan Japan dan US.

Peta Kabel Dasar Laut



Kabel dasar laut ni harga dia beratus-ratus juta USD. Biasanya dibiayai oleh konsortium syarikat-syarikat telekomunikasi yang menggunakannya. Nak merepainya bukannya murah. Kena ambil masa sikitlah.

Menurut Bernama, kabel JUCN masih belum pulih pada masa ini. TM telah mengalihkan laluan ke US melalui laluan alternatif yang tidaklah sebagus JUCN. Jadi bila waktu puncak, semua orang online waktu pejabat, line jadi lembablah.

Tapi kelembapan ni tak lah seteruk masa gempa bumi kat Taiwan tahun 2006 dulu. Sampai semua web tak boleh masuk. Jem internet 1-2 hari. Seminggu line lembab. Masa tu  tujuh kabel komunikasi dasar laut rosak. Aku teringat masa ni aku tengah gila main game online. Memang tension la. Mungkin TM telah pun belajar dari pengalaman tersebut dan sentiasa bersedia untuk mengatasi masalah bila kejadian serupa berulang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...