Saturday, 12 March 2011

Kesan Gempa Bumi Jepun Terhadap Gadget-Gadget Terkini


Aku tak berapa faham, kenapa ukuran gempa bumi dikira "pada skala Richter". Susah betul nak menyebut. Kalau tulis 8.9 richter atau 7 richter atau 5 richter kan ke mudah. Cuba bayangkan kita sebut ukuran ketinggian atau panjang sebagai "pada skala sentimeter". "PC tablet Apple IPad 2 mempunyai ukuran panjang 24 pada skala sentimeter", atau kalau nak lebih best lagi, "PC tablet Apple IPad 2 mempunyai ukuran panjang 24 pada skala sentimeter dalam sistem metrik". Kah kah kah... Tapi mungkin ada kisah disebaliknya, mungkin. Aku yang tak nak google pasal benda ni..

Jepun sememangnya sebuah negara peneraju dalam bidang teknologi. Pengeluar dan pencipta teknologi-teknologi termaju hari ini juga berada di Jepun. Khabarnya gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun semalam 11 Mac 2011 akan memberi kesan yang agak besar terhadap industri global terutamanya dalam sektor kenderaan dan semikonduktor. Bagaimana?




Berpuluh-puluh kilang pengeluar NAND flash memori chip terjejas dengan gempa bumi tersebut. Walaupun kilang-kilang yang dibina di Jepun menggunakan struktur tahan gempa yang meminimumkan impak kemusnaham, tetapi banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan terjejasnya pengeluaran. Faktor-faktor tersebut seperti sistem perhubungan, pengankutan dalam proses untuk menghantar produk-produk yang dah siap dan pembekalan bahan mentah,dan pekerja. Toshiba Corp dan Sandisk Corp yang merupakan antara pengilang semikonduktor utama di Jepun misalnya terletah jauh dari pusat gempa tetapi mungkin tidak dapat lari dari masalah-masalah tersebut.

Walaupun pengeluaran NAND flash memori ini terjejas sedikit, tetapi kesannya adalah sangat besar kerana produk tersebut sememang sudah sedia kurang bekalan akibat dari permintaan yang tinggi. Banyak barang-barang elektonik terkini menggunakan NAND flash memori chip sebagai storan data seperti USB  flash drive (pen drive), mp3 player, kamera digital, telefon bimbit, PC tablet dan banyak lagilah. Apple Inc. pula merupakan pengguna NAND flash memori utama dunia dalam produknya IPhone dan IPad. Pendek kata kalau Apple demam, industri chip flash memori juga akan demam.

Jadi apakah kesannya terhadap gadget-gadget tersebut? Aku rasa harganya mungkin akan naik. Bergantunglah dengan supply and demand. Kalau tak dalam masa terdekat, mungkin akan dirasai dalam dua tiga bulan lagi kot.

3 comments:

kelkid said...

yang peliknya, sebaik sahaja tsunami tu yen terus mengukuh gila2. apapun, memang dijangka ekonomi jepun akan terjejas teruk (tapi tak seteruk gempa bumi pada 1995). 14hb ni Bank of Japan akan reveal dorang punya polici baru utk ekonomi Jepun, dr situ rasanya boleh agak macam mana utk jangka panjang.

mancisdahbasah said...

yen memang selalu macam tu. kalau news jepun teruk, yen akan semakin mengukuh.. kalau tak silaplah.

hanz png said...

saya belajar ekonomi sikit, kalau tak silap yen mengukuh berdasarkan ekonomi negara jepun, bila eksport mereka terjejas akan lagi hebat yen jepun

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...