Saturday 5 March 2011

Cara Perangi Rasuah Yang Berkesan.


Macam biasa, otak aku memang suka berfikir perkara-perkara yang bukan-bukan. Ada saja idea. Yang logik ke tak logik semua ada. Kalau aku ada buku note macam Dr. Mahathir rasanya sekejap jer dah penuh buku aku tu.


Hari ni, terbaca kat surat khabar satu berita pasal rasuah. Aku memang seorang yang anti-rasuah. Memang anti sungguh-sungguh. Kalau ada member-member borak-borak depan aku konon-konon dia selamat dari tak kena saman lepas bagi 30 hinggit, aku rasa nak penampor dan pijak-pijak ajer member aku tu. Tapi oleh sebab aku takut pulak didakwa di mahkamah atas tuduhan mendera, jadi aku tak jadi pijak dia.

Aku berpendapat, untuk hapuskan rasuah adalah lebih mudah dengan cara menghapuskan pemberi rasuah, BUKAN penerima. Kita kena hapuskan dari akar umbi barulah masalah ini akan selesai.

Caranya dengan beri ganjaran yang besar kepada yang membantu menghapuskan rasuah. Begini:

Ganjaran: Pengadu yang menolak menerima rasuah akan diberi ganjaran ganjaran sebanyak 10x ganda dari rasuah yg ditawarkan. Cuba bayangkan situasi berikut:

Contoh 1. Apabila sorang pesalah trafik nak bagi rasuah rm50 kepada polis tarfik supaya jangan keluarkan saman kat dia. Polis tu buat aduan ke SPRM. Polis tu akan dapat rm50x10 = rm500 dari pesalah trafik tu sebagai ganjaran tidak menerima rasuah... waaa kaya pak cik polis. Encik polis suka tak?

Contoh 2. Dalam ramai-ramai beratur nak bayar saman kat kaunter saman kat balai polis trafik sekali ada sorang malaun cakap kat polis yang jaga kaunter pembayaran tu. Suruh clearkan semua saman dia, dia akan bagi polis tu rm1000 (saman dia ada rm3000 kot?). Polis pun tangkap dia. Di dakwa di mahkamah, kena denda rm10,000 (padan muka!). Polis jaga kaunter tadi, suka hati pasal dapat ganjaran rm10,000 yang dikecualikan cukai.. hehehe

Contoh 3. seorang tokey kilang offer rm5000 kat pekerja TNB untuk cover kilang tu punya pendawaian haram, pekerja TNB yang berhati mulia ni taknak terima lalu buat aduan kat SPRM dengan bukti kukuh siap ada video lagi, jatuh hukum, tokey tu kena denda rm50,000.. Sebagai ganjaran, pekerja TNB tu dapat rm50,000... hahahaha

Contoh 4. seorang tokey judi cuba merasuah menteri rm50,000 suruh luluskan lesen judi.. menteri buat report kat SPRM. Setelah disahkan tokey tu bersalah kerana menawarkan rasuah, tokey tu kena denda rm500,000 dan menteri tadi dapat rm500,000 sebagai ganjaran menolak rasuah....pak cik kayooo

Memanglah, rasuah ada bermacam-macam cara dan bermacam-macam habuan. Contoh di atas tu hanya sebagai contoh yang paling simple, untuk memberi sedikit idea mengenai perlaksanaannya. Rasa-rasanya kalau macam ni caranya, agak-agak ada tak yg sanggup ambil risiko untuk beri rasuah.What say you?

3 comments:

Anonymous said...

Idea yg bagus, ko mmg sesuai ganti dr m..... Hehehe

miss flora said...

saper yg jumlah rasuah terbesar ni???

mancisdahbasah said...

cayrul:
lagi 20 tahun aku try bertanding kerusi presiden UMNO tu.. jangan lupa

miss flora:
tak ada pulak aku cerita sapa-sapa rasuah kecik atau besar.
rasuah, tak kira kecik atau besar, mestilah dipandang sama kejinya.. setaraf ajer hinanya... jadi miss flora jangan makan rasuah ye..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...