Monday 4 April 2011

Windows 7 dalam Netbook 1Malaysia


Netbook HP 1Malaysia didatangkan sekali dengan sistem operasi Microsoft Windows 7 edisi Starter. Memang banyak kekurangannya Windows 7 Starter Edition ni.  Selain Windows 7 Starter Edition, versi-versi lain adalah Home Premium, Professional, Ultimate dan Enterprise

Apa perbezaannya?



Kalau nak bandingkan kekurangan Windows 7 Starter dengan Windows 7 Ultimate memang banyak. Mengikut laman web Microsoft, antara kekurangan  Windows 7 Starter ialah ia tidak boleh create Homegroup, tidak support multiplayer games, tidak support 64-bit, tiada Aeros feature, tidak support multi-monitor, tiada snipping tools dan banyak lagilah.

Tetapi sebagai pengguna biasa, kebanyakkannya pengguna Netbook HP 1Malaysia adalah para pelajar, kekurangan-kekurang tersebut tidaklah menjadi masalah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah memiliki komputer sebelum ini.

Cuma ada satu masalah bagi Microsoft Windows 7 Starter Edition yang tidak diberitahu dalam laman web Microsoft. Iaitu versi Starter ni slow.. sangat slow dia punya performance.

Mulanya aku ingatkan memang sebab spesifikasi netbook HP 1Malaysia yang rendah. Tapi pada aku tak adalah rendah sangat specs dia 1GHz processor + 1GB RAM.. kira oklah. Tapi bila aku try setup Windows 7 Ultimate Edition dalam netbook jenis ni, semuanya jadi laju dan lancar. Aku format semula dan setup versi Starter balik untuk kepastian, netbook jadi lembab semula..

Jadi apa yang aku nak tulis ni sebenarnya, yang menyebabkan Windows 7 slow dalam netbook HP 1Malaysia tu bukanlah kerana specs netbook tapi pasal versi Windows 7 Starter. Kalau nak lajukan performance netbook tu, selain daripada tambah RAM, bertukarlah kepada Windows 7 Ultimate.

19 comments:

Shafiq Zainal said...

yeah windows 7 ultimate.. pirate je sudah...huk3

mancisdahbasah said...

pakailah ori.. baru best.. huk3

Doo said...

hai, saya nak tahu, WEI(windows Experience Index) for netboook 1malaysia ni brapa?

mancisdahbasah said...

itu tak berapa pastilah. sekarang ni tak ada pulak netbook nak refer.

Anonymous said...

aku ade gi kdai format netbook hp mini 210 yg streamyx offer utk pakej student.
penah terbaca win 7 stater xsesuai utk netbook
so try suggest kt org kdai suruh install win ultimate
dorg ckap xsesuai sbb netbook sesuai win 7,die install win 7 home premium.
so far guna win 7 home premium ni ok la dr win 7 stater.
aku nye spec hp mini 210
intel (r)atom (tm) cpu n450 @ 1.676ghz rm 1g

Qaseh Yana said...

boleh sy tny... kalu kita guna win7 yg pirate apa beza dia ek? ada prob tak...maaf, kyrg mahir bab2 ltop n etc,,huhu

mancisdahbasah said...

Qaseh Yana: kalau pakai yg pirate nanti kalau nak update windows pada masa akan datang akan ada problem..

kalau nak pakai juga, tak yah update..

Anonymous said...

ada org kata kalo masuk Win 7 ult bateri dia cepat abis. Sebab tu microsoft mencipta win 7 strter khas utk netbook supaya beteri tahan lama.. betul ke?? kalo tak betul aku pun nak masuk win 7 ult kat netbook ni...

mancisdahbasah said...

Anonymous,
Pasal bateri cepat habis tu, macam tak betul jer..

Win7 starter dicipta untuk pancing pengguna supaya upgrade ke versi lebih baik.. hehehe

Anonymous said...

nak tanya cmne nak masuk bios? sebab asyik ade splash screen tu je. nak boot dr usb.

mancisdahbasah said...

tutup dulu netbook tu... kalau guna restart kadang2 tak sempat tekan dia terus masuk windows.

masa bunyi 'tut' terus tekan 'esc' (netbook hp), keluar satu list,lepas tu pilih nak masuk bios atau nak pilih boot. atau masa bunyi 'tut' tu terus tekan f9(netbook hp), lepas tu dia akan keluar list.. pilihlah usb pendrive.

saja saja said...

untuk bermain game,berbanding windows 7 ultimate atau home premium..windows 7 professional lg ok.

Anonymous said...

ram 4gb ddr3 brapa hrga..

amir_92 said...

nak tanya.. nak upgrate w starter ke w7 ultimate berapa??

Unknown said...

nk tnya... blh ke installl windows 7 home premium pda netbook???

khairunnisa said...

lau tambah RAM berape yea? lau netbook slalu hang 2 sbb window jugak ke? netbook sye window 7 starter...

Anonymous said...

Boleh tanya...apakah jenis netbook yg dberi itu,saya ingin tahu secara terperinci,,,HP Mini HP Mini 110-4125TU?

Unknown said...

bro...sya pkai netbook lenovo

Unknown said...

boleh tak kalau format semula netbook 1malaysia saya ? dan mengisi semula perisian microsoft excel dan microsoft word bagaimana ? harap dapat membantu saya dengan kadar yang segera . terima kasih ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...