Tajuk KDrama : Queen Seon Deok
Genre: Sejarah, Politik
Episod: 62
Tarikh Tayangan di Korea: 25 Mei 2009 hingga 22 Desember 2009
Hari ni aku nak cerita sikit mengenai drama korea Queen Seon Deok. Bukan cerita semua... giler panjang cerita ni. Habis dakwat keyboard aku karang...
Aku mula minat dengan genre historical ni bermula dari drama ini lah. Sebelum ni memang aku tak minat cerita-cerita lelaki pakai toncit macam tu kecuali cerita movie cina kungfu Hong Kong, macam cerita-cerita lakonan Jet Li. Aku ni peminat tegar Jet Li. Terutama kalau cerita-cerita zaman dulu-dulu, time hero pakai toncit... kekeke.
Lepas aku tengok cerita ni, mulalah aku cari cerita-cerita genre sejarah ,atau orang korea panggil sageuk, macam Jumong, Jewel In The Palace, Dong Yi, Damo dan banyak lagi.
Drama Queen Seon Deok ni adalah berdasarkan dari kisah sejarah benar, yang mana Queen Seon Deok adalah raja perempuan yang pertama yang menjadi pemerintah jajahan Silla dari tahun 632 hingga 647. Silla ni adalah salah satu negara dalam kawasan korea. Zaman dulu-dulu mana ada negara korea. Walau bagaimanapun, kisahnya bukanlah 100% dari sejarah. Ia telah diubah suai, ditambah asam garam sana sini supaya jadi best.
SPOILER WARNING! Banyak spoiler disini. Kalau tak suka spoiler terus jer ke bawah yer..
Queen Seon Deok ni sebelum jadi raja, dia di panggil Deok Man. Deok Man ni dilahirkan kembar. Pada zaman itu di katakan (diorang rujuk dari sejarah lama-lama), sekiranya Raja mendapat anak kembar, maka akan habislah keturunan Raja tersebut.
Mishil - Jahat dia ni... tapi awet muda. Orang lain dah tua.. dia maintain. Dari episod 1 sampai 62.. muka dia macam ginilah. |
Mishil ni adalah seorang dari pahlawan merangkap penasihat kepada raja punya atuk. Bijak berpolitik, licik dan jahat giler. Untuk kuasa dia sanggup buat apa saja. Dalam cerita tu ada cakap, kalau Mishil ni lelaki, dah lama dia jadi raja Silla.
Raja sangat panik bila dapat anak kembar. Malah berita dia dapat anak kembar dah sampai ketelinga Mishil (orang jahat memang cepat..). Raja pun suruh seorang hamba perempuannya yang setia agar bawak lari seorang puterinya itu jauh-jauh, dan tak payah balik-balik selamanya. Hamba perempuan itu ditolong seorang pahlawannya yg terrer dan setia untuk melepaskan diri dari Mishil.
Mishil dapat tahu, dia terus suruh seorang pahlawannya yang setia dan terrer juga untuk memburu puteri tersebut. Banyaklah lawan-lawan terjadi masa tu.
15 tahun berlalu. Puteri tu dah pun besar. Nama dia Deok Man. Watak dia dah jadi tomboy. Deok Man dipelihara oleh hamba perempuan raja yang dianggap seperti ibunya.
Masa ni kembar Deok Man pun dah besar, nama dia Puteri Chun Myung.
Yoo Shin berlagak pandai didepan Princess Deok Man |
Seterusnya, cerita bagaimana dia nak survive di Silla, berjumpa dengan kembarnya (tapi masa tu dia tak tahupun dia ada kembar, puteri raja pulak tu). Menjadi pahwalan diraja (Hwarang) walaupun tak terrer. Deok Man ni tak terrer tapi bijak menggunakan kepala otak.
Oh ya.. pada masa ini dia masih menyamar sebagai lelaki. Sebab tu dia tak terer. Ini pesanan ibunya agar dia tidak mengalami kesulitan semasa dalam pengembaraannya.
Dalam pada itu Lady Mishil, semakin kuat pengaruhnya di dalam kerajaan Silla. Raja cuma tinggal pada nama sahaja. Puteri Chun Myung berusaha untuk melawan pengaruh Mishil. Tapi kesian..
Setiap episod drama ni memang menarik dan mendebarkan. Tak sabar aku nak habiskan, tapi bila dah habis terasa macam satu kehilangan pulak.
Teringat aku kat satu babak. Babak ni memang aku tepuk tangan.
Bidam menyamar jadi ahli nujum untuk menolong Deok Man mendapat balik titlenya sebagai puteri raja. Dihadapan raja, Bidam diikat untuk dijatuhkan hukuman bunuh kerana menimbulkan huru-hara dengan tilikannya. Mishil bertanya kepada Bidam, kalau betul dia ahli nujum, bilakah dia akan mati. Mishil kata kalau Bidam kata dia mati hari ini, Mishil akan bunuh Bidam esok, sebaliknya kalau Bidam kata esok, Mishil akan bunuh dia hari ini.
Babak mendebarkan Bidam nak kena bunuh dengan Mishil |
Tapi Bidam kata dia akan mati 3 hari sebelum raja yang memerintah Silla mati. Kah kah kah.. terkedu Mishil dan orang-orangnya. Kalau Mishil bunuh Bidam seolah-olah membunuh raja 3 hari lagi... hahahaha.. very nice.. very nice.. Tak dapatlah Mishil bunuh Bidam
Tapi sebenarnya, memang betul apa yang Bidam cakap tu. Di akhir episod, Bidam mati... 3 hari selepas itu Queen Seon Deok pun mati.. sedih tuuu....
Aku tak bolehlah nak cerita semua. Cerita ni panjang sangat. Kalau aku pendekkan, nanti hilang pulak babak-babak yang menarik. Rugi tu... macam TV3 siarkan cerita P.Ramlee... banyak potong.. hilang stim..
Senang cakap, cerita ni memang berbaloi untuk ditonton. Walaupun ada 62 episod, tak terasa dia punya panjang cerita ni. Malah bila dah habis, aku rasa tak cukup. Tu yang pergi cari cerita-cerita sageuk lain tu.
Dia punya gempar, dia punya putar belit, skrip dia, pelan perancangan orang baik lawan orang jahat, dia punya cinematografi dia.. semuanya memang top. Rugi kalau tak tonton wa cakap lu..
Lee Yo Won sebagai Queen Seon Deok |
Rating:
4.8 dari 5 batang mancis
Pelakon:
Lee Yo Won sebagai Princess Duk Man, Queen Seon Duk
Nam Ji Hyun sebagai young Princess Duk Man
Ko Hyun Jung sebagai Lady Mi Shil
UEE sebagai young Mi Shil
Uhm Tae Woong sebagai Kim Yoo Shin
Lee Hyun Woo sebagai young Kim Yoo Shin
Park Ye Jin sebagai Princess Chun Myung
Shin Se Kyung sebagai young Princess Chun Myung
Kim Nam Gil as Bi Dam
Park Ji Bin as young Bi Dam
Info selanjutnya sila rujuk sini : Queen Seon Deok
2 comments:
haha.....sama laa kita...bermula gn QOSD ni la..laptop aku cam nak asap tiap2 mlm..hehe..
laptop aku rosak psal tengok citer korealah...haha..sampai sekarang tak repair lagi.. guna desktop baru tahan sikit..
Post a Comment