Monday 7 March 2011

Transfer Duit Keluar Dari Paypal Ke Bank

Mula-mula aku nak buat review pasal KDrama Secret Garden, sekali teringat pulak tengah pokai sekarang ni, tapi nak makan Pizza.. hehehe.. So, aku nak keluarkanlah duit dari PayPal, dapat juga aku buat makan Pizza nanti.

Hari tu dah cerita dah pasal aku dapat duit dari Text Link Ads. Dia bayar guna PayPal. Ingatkan nak biarkan ajer duit dalam tu, tapi tak jadi pulak. Lagipun aku memang jarang biarkan duit dalam akaun PayPal. Bila dapat jer terus bawak keluar. Jadi hari ni aku nak tunjuk cara-cara keluarkan duit dari PayPal masuk ke akaun bank aku bukan akaun ko.

Bila dah login, terus sampai kat page akaun:
Adalah duit ciput hasil dari TLA.



Lepas tu  tekan link Withdraw kat bahagian atas tu:

Click pada withdraw to your bank account. Kalau withdraw ke akaun bank cas dia RM3 jer. Kalau keluar lebih dari RM400, free of charge!. Tapi kalau keluar ke kad kredit atau kad debit, kena cas RM20. PayPal bagi keluar ke akaun bank ni pun baru jer. Dulu kena keluar ikut kad, hangus RM20. Dulu punya dulu lagilah.. PayPal tak bagi langsung keluar duit masuk ke Malaysia.

Kalau tak ada akaun bank dalam tu, kena daftar dulu. Tak susah klik sahaja pada add account akan keluar borang macam kat bawah ni. Senang ajer nak isi.

Setelah berfikir secara separuh masak, maka aku bersetuju untuk mengeluarkan sebanyak USD 55 sahaja tunai.
Review dulu. Tengok betul ke tak. Kalau tak betul boleh 'Back' untuk betulkan. Tengok rate tu. Itu ialah rate yang digunakan oleh PayPal, tak sama dengan rate semasa. Rate semasa kalau tak salah aku lebih kurang RM 3.05 untuk satu dollar. Rate PayPal memang lagi rendah sikit pasal cara nilah dia buat duit.

Bila dah ok. Tekan submit.
Yahooo!! lagi 2-3 hari dapatlah duit tu. Boleh buat pergi makan Pizza.. ye ye.

Email PayPal
Setiap kali withdraw, PayPal akan bagi email kat kita. 
"We're transferring money to your bank" fuh.. memang manis bunyik nye....

7 comments:

kelkid said...

tu sbb aku postpon dulu hajat nak draw paypal..ringgit tengah mahal skrg ni..tunggu ringgit murah sikit baru sedap withdraw..lagi sedap zaman rm3.50 tu ececey..

settle isu libya pasni, takpun kalau european country x jadi naikkan interest rate, ada potensi usd mengukuh

mancisdahbasah said...

lambatlah USD nak naik balik.. ntah boleh ntah tidak... takut makin teruk sampai 2.8.. huhuhu

Anonymous said...

hai..boleh tlg tak..sy ada cust dari luar negara utk pertama kalinya..so dia buat bayaran guna paypal..terpaksalah sy buka acnt paypal..dia ckp dia dah paypal kan duit bayaran..tapi dari semalam sehingga hari ni tak masuk lagi ke acnt paypal saya..boleh tlg mcmna.. respond hntr kt email sy nori3an@yahoo.com thanx

Anonymous said...

Apa beza transfer ke akaun bank dengan kad debit?

Unknown said...

salam. saya nak tnya kenapa tak ada bank in malaysia pon mcm gambar d atas ?

Anonymous said...

Sya nak tanya...dengan fan box saya ada lebih kurang usd1000 ..mcm mana saya bak bawak keluar ke paypal....terima kasih kerana sudi mengajar

Unknown said...

Terbaik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...