Sunday 6 March 2011

Apabila Netbook Tak Boleh Masuk Windows 7


Pernah tak hadapi masalah ni? Tak boleh masuk Windows. Bila start jer komputer, tunggu berjam-jam, screennya macam kat atas tu. Tak boleh Windows 7 sampai bila-bila.



Yang aku nak cerita ni untuk netbook HP secara spesifiknya, tapi boleh juga digunakan di mana-mana  jenis laptop atau desktop. Aku cerita pasal netbook ni pasal ia yang leceh sikit pasal tak ada CD/DVD drive.

Macam ni caranya:

Cara 1:

  1. Start komputer. Tekan F8 selepas bunyi "beep".
  2. Keluar "Advanced Boot Options" list macam gambar kat bawah.
  3. Pilih "Last Known Good Configuration (advanced)" dan tekan Enter.
  4. Kalau boleh masuk Windows, terus buat virus scan. Kalau tak boleh masuk, try cara no. 2 pulak.

Advanced Boot Options
Cara 2:
1. Masukkan pen drive yang ada "Windows 7 32-bit repair disc". (Kalau laptop/desktop yang ada DVD drive masukkan DVD Windows 7)
2. Start netbook dan terus tekan ESC (Netbook HP, lain jenis lainlah keynya)

3. Tekan F9 untuk BOOT Device Options. Akan keluar Boot Manager macam dalam gambar di bawah.


4. Pilih USB Pendrive. Macam contoh kat atas tu pilih KingstonDataTraveler2.0. Lepas tu tekan Enter.


5. Lepas tu kalau keluar soalan macam ni "Press any key to boot from CD or DVD..." cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.

6. Kalau berjaya akan keluar macam ni:



7. Lepas tu, pilih keyboard input method - the default us keyboard will just do. Press next


8. Windows searching for installation a few minutes


9. Bila siap scan pilih "Use recovery tools that can help fix problems starting Windows"
Pilih operating system to repair dalam list tu.

10. Windows akan tanya Username dengan Password Windows tersebut. Lepas tekan Next, akan keluar window sperti di bawah:


11. Pilih yang atas sekali tu "Start up repair - automatically fix problems that are preventing windows from starting."


11. Searching for problems..lepas tu cubaan merepair. Lama juga dia buat kerja ni, 15 hingga 30 minit bergantung kepada parahnya. Kalau dia tak berjaya, dia akan cadangkan guna System Restore.




12. Bila dah siap, tekan finish.

Kalau dah boleh masuk Windows, cepat-cepat scan virus. Pasal aku rasa kemungkinan besar masalah ini adalah disebabkan oleh virus, malware atau apa-apa yang seangkatan dengannya.


Lain kali aku akan tunjukkan macam mana nak buat pen drive Windows 7 repair kit dan anti-virus yang paling bagus sekali digunakan apabila jadi seperti masalah kat atas tadi.

8 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Wah...ilmu ne...thankz for the info yer..

mancisdahbasah said...

sama-sama... ada banyak lagi ilmu yang nak dikongsi ni.. hehehe

Anonymous said...

Terima kasih, cara pertama dapat membantu saya memperbaiki laptop abang saya. banyak fail dapat diselamatkan. terima kasih sekali lagi.

mancisdahbasah said...

sama-sama

lady-rara (; said...

kalo masih tak dpt msok windows jugak cmne eh? da try repair pkai cd windows..tp mcm tak detect..cmne nk buat backup file...huhu help!

mancisdahbasah said...

lady-rara: kalau ada data penting tu, dan tak boleh buat sendiri.. cubalah hantar kedai.. karang kalau buat sendiri dan hilang semua data.. nyesal plak..

Anonymous said...

kalau xleh on windows gak pe cer??

Unknown said...

kalau xboleh masok window pe problem dia? da repair, format semua masih lg xboleh msok window

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...