Tuesday 22 March 2011

Kemalangan Nyaris Ngeri di Muadzam Shah

Masa dalam perjalanan balik dari Felda Tementi, Pahang, kami berhenti sebentar di stesen minyak Petronas di Muadzam Shah. Masa perjalanan pergi kami singgah, masa perjalanan balik pun kami singgah situ. Memang tak dinafikan ramai sungguh lori, kereta, motor yang singgah kat situ, memang kaya ler tokey pam minyak tu. Tapi sayang, waktu tu air paip tak ada!! Adoii...

Lepas jer siap segala urusan, kami pun teruskan perjalanan. Kereta aku terbelakang sekali. Sekali lepas jer keluar dari setesen minyak Petronas tu, aku ternampak sebuah kereta Proton Wira melintang di tengah jalan. Apa neraka itu (what the hell)??

Kemalangan berhampiran setesen Petronas Muadzam Shah



Rupa-rupanya ada kemalangan. Baru jer terjadi beberapa saat sebelum aku aku sampai. Aku tengok orang ramai sedang berlari menuju ke tempat kejadian. Ada juga yang dah sampai dan sedang mengeluarkan penumpang dari kereta terbabit. Aku tengok mereka yang menolong tu mengeluarkan mangsa dalam keadaan kelam kabut. Aku nampak macam ada asap keluar dari bonet kereta.

Bahaya ooo sekarang ni kalau kereta eksiden, walaupun tak teruk, tapi mudah sangat terbakar. Asal eksiden jer.. terbakor, asal eksiden jer.. terbakor, asal terbakor jer.. eksiden. Bahaya dan mengerikan sungguh.


Masa aku tengok tu, seorang perempuan bertudung pink di bahagian sebelah pemandu masih tak dapat dikeluarkan. Aku tak tahu apa yang jadi lepas tu sebab aku jalan terus, tak dapat nak berhenti sebab geng-geng konvoi dah jauh kedepan. Niat nak menolong tu ada, tapi keadaan tak mengizinkan. Tak apalah ramai orang dah pergi tolong.

Bila sampai ke stesen minyak Petronas Kuala Rompin kami berhenti rehat, barulah dapat kami bertukar-tukar cerita mengenai kemalangan tersebut.

Menurut adik aku, kemalang tersebut betul-betul berlaku di depan mata dia. Kereta yang kena langgar tu sebelum tu berada di depan Myvi adik aku ni. Tiba-tiba, kereta tu membelok ke kanan dan sebaik sahaja berada di lane kiri di laluan bertentangan, kereta itu terus pusing balik seolah olah macam nak masuk lane asal semula tapi secara melintang. Terus masuk depan lori tanki minyak masak. BAMM!! Kena seret lebih kurang dalam 20 meter juga Wira tu.

Gambaran kejadian
Aku tak dapat nak agak, apakah masalah pemandu proton Wira tersebut sampai jadi macam tu. Mengantukkah???

Nasib baik kena kat bahagian bonet kereta aje, kalau lori tu hentam betul-betul bahagian tengah kereta, boleh maut semua penumpang...

7 comments:

amry said...

perghhhh!! kena hati2 woo...aku cukup risau kalau ada bapak2 lori ni.lagi2 kalau tengah bawa moto.cukup bahaya. driver tu pon apa kes cara pemanduan dia.makan jalan kaw2 nyer tu

saya_arief said...

fuh....nasib baik selamat.

Cik Puan iLa said...

takotnye tgk...semoga kita lebih berhati2....

salam perkenalan..jumpa kt innit td.. :)

Fairus Bin Mamat said...

PERGGHH.. BAHAYANYA..

FXpert said...

aku pernah terlanggar kucing... betul2 kat tempat kejadian tu... meremang bulu tengkuk aku lepas tu... kat situ memang ramai sungguh lori... jalan pulak byk lobang2... roadcare tak buat kerja ker?....

mancisdahbasah said...

amry:
aku pun tak boleh agak apa masalah driver tu..

saya_arief:
tak tahulah selamat ke tak. aku tengok setakat sambil lalu je.

cik ila:
salam perkenalan.. semoga sentiasa berhati-hati di jalan raya

fairus bin mamat:
lori tanki tu.. memang bahaya..

fxpert:
lori ramai sebabtulah jalan banyak berluban-lubang.. tapi kejadian tu mcm tak ada kaitan dgn keadaan jalan..

zam said...

rase ngantuk tu.....aku pernah tgk kes driver ngantuk mcm nie..terliangliuk kiri kanan..nie driver mesti mamai..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...