Friday, 11 March 2011

Koleksi Pen Drive Aku

Aku ada tiga(3) biji pen drive. Eh! Apa penjodoh bilangan untuk pen drive? Biji ke buah ye? Penjodoh bilangan bagi tetikus? papan kekunci? Mak aaiii... fail BM aku.. Mungkin tak payah guna penjodoh bilangan kot.

Aku ada 3 pendrive. Kesemuanya aku dapat free.. dulu sampai sekarang. Tak pernah beli lagi setakat ni. Tengok orang punya pen drive, macam-macam jenis, rupa dan saiz, teringin juga aku nak beli yang cantik-cantik dan yang busar punya. Bukannya apa. Rasa macam best jer untuk buat koleksi walaupun bukannya nak guna sangat pun. Paling tidak pun kegunaannya ialah untuk kebas drama korea atau filem melayu yang adik aku baru download.
Cakera Liut 8 inci



Kalau dulu-dulu, kalau sesiapa kaki komputer mesti ada berkotak-kotak diskette ataupun floppy disk kat rumah dia. Macam akulah. Sekarang pun ada banyak lagi. Entah boleh guna lagi ke tak. Dulu nak setup Windows 95 kena guna 18 keping diskette, kalau tak silap ingatan aku. Zaman aku sekolah dulu ada guna floppy drive yang 8 inci tu, selalu selit dalam buku sekolah. Muatan dia 1.2 MB. Aku dulu panggil benda tu cakera liut. Sekarang dah ada pen drive, cakera liut sudah tidak berguna lagi. Komputer desktop dan laptop zaman sekarang pun dah tak ada floppy disk drive.

Kalau aku nak tahu harga pendrive terkini, aku selalu rujuk kat lowyat.net. Bukan setakat harga pen drive aje. Semua barang-barang komputer ada list harga dia kat situ. Ni aku bagi link untuk satu price list. Klik pada gambar price list pen drive di bawah untuk download price list hardware dari c-zone sdn. bhd dalam fromat pdf..

Harga pen drive terkini

Ini dia koleksi pen drive aku:

1. Kingston 256 MB
Klasik tak? Rasanya dah boleh masuk tahap antik ni. Entah tahun bila punya model aku pun tak tahu. Yang ni aku jumpa beberapa tahun yang lepas. Bila dan di mana, aku pun tak ingat. Tapi yang aku pasti masa tu harga pendrive 256 MB dah sama dengan harga cicin emas. Masa tu emas murah tapi harga pen drive masih mahal... hehehe.

2. Kingston 1 GB
Yang ni pun dah agak lama. Pun.. aku jumpa juga. Walaupun model ni dah lama tapi aku tengok masih ramai lagi yang guna. Model ni memang popular. Yang paling popular aku rasa yang saiz 1 GB. Pasal semua orang yang pakai model macam ni saiz dia 1 GB.

3. Kingston 4 GB
Inilah yang paling latest aku punya. Dapat dalam beberapa bulan lepas. Kawan aku bagi. Dia cakap dah rosak. Dia cakap kalau aku boleh repair, ambiklah. Aku pun repairlah. Bukan rosak terus. Setakat tak boleh format je. Baca kisahnya di pautan ini.

Bila mengarang pasal pen drive ni, aku teringat kisah seorang member aku dulu-dulu. Masa tu pen drive ataupun thumb drive ni baru jer di jual di pasaran. Aku tengok kawan aku ni ada pakai. Dia cakap pen drive tu cikgu sekolah dia punya. Dia ada buat satu projek programming untuk sekolah tu. Dalam pen drive tu ada projek dialah. Dia pun terangkanlah benda pen drive tu kat aku. Bagus pen drive ni. Capacity besar, saiz kecik. Tahan lasak. Baling-baling pun tak kisah. Aku dengar dan rasa agak kagum juga. Iyelah benda baru. Dia pun buat demo, baling-baling pen drive tu atas lantai.... hehehe.. sekali lepas tu bila dia cucuk kat PC dah tak boleh detect. Habis dokumen dia dalam pen drive tu....kekeke. Macam nak menangis jer dia tu aku tengok lepas tu.

Apa yang dapat aku simpulkan, memiliki pen drive ni dah semacam menjadi satu kemestian. Terutama bagi bebudak sekolah atau pelajar-pelajar universiti. Rupa dia yang kiut-miut tu pun sebagai daya penarik orang untuk membeli. Kegunaannya dah pasti mengalahkan diskette satu masa dahulu. Saiznya yang kecil tetapi mempunyai capacity yang cukup besar adalah sangat menakjubkan. Macam-macam benda yang boleh diisi dalam tu macam fail mp3, video, dokumen-dokumen malah VIRUS sekalipun...

1 comment:

Anonymous said...

haha kawan.. sekarang kilang i dah mula buat latest punya 128GB.. tunggu aje la.. Bakal mengantikan hard disk.. sekarang ultrabook semua pakai SSD.. Solid state drive... tak pakai lg Hard disc drive...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...