Thursday 3 March 2011

Open Secret Buat Duit Guna Blog

Aku kerap sangat terbaca blogger-blogger yang baru mahupun yang lama, yang hampir atau sudahpun berputus asa untuk membuat duit melalui pengiklanan di internet. Oleh sebab kebanyakkannya aku terbaca pasal ni ialah di Innit Nuffnang berbahasa Melayu, jadi aku buat kesimpulan kebanyakkan blogger di Malaysia ni guna iklan Nuffnang, tapi malang, hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan.

Tadi aku baru jer terbaca mengenai sorang lagi blogger yang dah putus asa. Kebetulan masa tu aku baru jer dapat email comfirmation duit aku baru masuk kat PayPal, hasil untuk bulan Febuari 2011. Jadi aku nak tunjukkan email tu sikit.



Hasil Febuari dari Text Link Ads

Otai-otai yang dah jadi jutawan tu janganlah ketawa pulak. Tak adala banyak sangat. Tapi dapatlah juga hasilnya. Ini hasil dua buah website aku yang dah berkurun dah lama tak update. Lagi pun ranking Alexa pun tak adalah bagus sangat macam blogger terkenal yang aku jumpa kat Innit Nuffnang ni yang follower sampai beratus-ratus (kagum aku tengok!). Satu website aku tu alexa ranking dia 1.8Million, dan yang satu lagi 1.7Million, ranking dalam Malaysia..tak der..uhuhu

Kalau tengok, berlambak-lambak ranking Alexa bawah 1M, tapi hasilpun lagi banyak aku punya.. hehehehe. Lepas tu kena update setiap hari.. kalau korang guna aku punya rahsia ni, dah lama korang kaya.

Dah lama juga aku join Text Link Ads, tiap-tiap bulan alhmdulillah ada jer hasilnya walaupun ciput ajer.



Tiap-tiap bulan lepas gak duit rokok..
Lagi satu iklan yang aku join ialah Google Adsense. Adsense ni pun memang dah lama aku join. Dari semenjak dia mula-mula dilancarkan dulu, sekitar tahun 2004-2005. Hasilnya pun kira oklah. Yang paling bestnya dengan Adsense ialah company ni tak kedekut. First day aku tampal adsense kat website aku, aku dah dapat USD12. Senangnya dapat duit. Aku ingat Nuffnang ni pun samalah... tapi hampeh sampai sekarang masih 0.00 lagi.... hahaha. Nak dapat 1 sen haram pun syusah.. Nuffnang oh Nuffnang... janganlah kedekut sangat..

Kat post yang lepas aku ada ceritakan kisah aku ambil duit Adsense. Kat sini pulak aku tunjukkan berapa Google Adsense bagi duit.

Hasil Adsense. Tiap-taip bulan lepas gak duit kereta..
Inilah pendapatan aku dari Adsense dari website aku yang ranking alexanya masih 1.7M dan 1.8M. (Lagi sekali, otai-otai adsense janganlah gelakkan ye). Ini juga hasil dari dua website yang sama tadi. Semua guna USD ye. Aku tunjuk sebahagian jerlah. Takkan nak tunjuk semua. Nanti kata orang nak menunjuk-nunjuk pulak. Bukan niat aku ye.

 Aku cuma nak bagi semangat kat blogger-blogger yang dah lama mahupun yang baru. Dan aku juga nak bagi tahu satu rahsia untuk meningkatkan hasil dari blog korang.

Rahsianya ialah:
1. English
2. English
3. English

Ya... gunakan bahasa Inggeris di blog korang. Aku bukan nak kempen guna english. Tapi ini adalah kenyataan yang fact.. Kalau selama ni Nuffnang pandang sebelah mata kat blog korang pasal guna BM, tapi nanti bila korang guna BI, Nuffnang akan pandang dua belah mata. Bila dah guna BI, bermakna dah terbuka sebelah lagi pintu rezeki dunia blogging yang selama ini tertutup. Rahsia-rahsia lain untuk meningkatkan hasil memang korang dah tahu, misalnya content dan trafic, blogwalking etc. Tapi guna BI ni ramai blogger yang pandang remeh mungkin pasal lemah bahasa Inggeris kot? Alahhh.. hentam ajer.. inikan blog kita, kita punya pasallah janji duit masyuk. Tengok blog BM guna ayat tonggang terbalik(macam blog aku nilah, alaa blog korang pun sama), ada sapa kisah?

 Ini bukanlah discrimination atau racist, tapi ini adalah kenyataan dunia hari ini. Kita duduk di dalam negara yang aneh lagi pelik. Walaupun kita duduk di Malaysia, yang hampir semua pandai cakap Melayu, 50% jer pandai cakap BI dan bahasa kebangsaannya juga Bahasa Melayu tapi.. company-company besar lebih suka gunakan English untuk kempen-kempen pengiklanan mereka. Lebih-lebih lagi kempen pengiklanan melalui internet. Ini kenyataan. Contohnya lihat sahaja akhbar-akhbar harian di Malaysia, akhbar bahasa apa yang paling banyak pendapatan dari iklannya? Nak aku tampal statistik ke kat sini?

Cuba tengok website Utusan Malaysia tu, ada tampal Adsense. Tapi aku tak tahulah berapa Utusan Malaysia dapat duit dari Adsense sebab asyik iklan free layanan masyarakat jer aku tengok kat situ. Macam mana nak masyuk hasil? Ranking Alexa dia perghhh..5 ribu lebih, ranking dalam Malaysia 21! Memang ada tweak yang boleh dibuat supaya iklan yang mendatangkan duit boleh keluar. Tambah "google_language = “en”" dalam code. Tapi kalau Google dapat tangkap, kena ban teruslah jawabnya.

Adsense dalam Utusan Malaysia

Oh ya.. tapi kenapa blog aku ni guna bahasa melayu? Pasal ni blog syok sendiri untuk aku melampiaskan dan membebel tak tentu pasal segala apa sahaja yang bermain-main dalam kepala. Blog merapu meraban dan syok sendiri adalah istilah yang paling tepat. Bukan nak hasil sangat pun, saja jer main-main. Kalau dapat naikkan trafik pun bagus juga ye tak.. Kalau Nuffnang bagi duit aku tak tolak. Kadang-kadang aku dapat idea dalam blog ni, lepas tu aku translate ke BI untuk publish dalam website English tadi. English aku memang tahap pendatang haram baru dapat menyeludup masuk US (lagi bagus english pendatang haram tu agaknya).

Lagi satu perkara, apa yang aku nak bagi tahu, kalau lepas guna English pun Nuffnang tak pandang juga, korang boleh sahaja join Adsense, Text Link Ads, Chitika dan beratus-ratus lagi company pengiklanan di internet ni. Apa ada hal.. blog korang kan guna English!

16 comments:

Fairus Bin Mamat said...

SALAM.. BOLEH KE KITA CAMPUR2 IKLAN?

Anonymous said...

salam,
adsense + text link ads boleh
adsense + nuffnang boleh
nuffnang + pengiklan dari asia pasific = taraf 'gelihati' kena tarik

kena tengok jenis dan rupa paras iklanlah

faiz said...

nape xde nmpk iklan adsense dekat blog ni..

Fairus Bin Mamat said...

OK.. TKASIH DI ATAS INFO..

Geogy said...

Nak tanya sikit bang..I dah register kat Text-Link-Ads tapi website saya sampai ari ni masih blm approve lagi...macam mana ni?! Adsense tu susah jugak kan? Kalo fault click mcm mane?! Hehe...

mancisdahbasah said...

faiz:
pasal tak ada adsense kat sini, kena baca post ni.

fairuz:
sama-sama

Geogy:
Text Link Ads tengok trafik. Kalau trafik ok baru dia approve. Kalau fraud click pada adsense nanti kena ban terus. bestlah blog ko...

reezluv said...

pergh..sekali tengok ni memang otai blogger ni...earning TLA pun kencang..haha..

Adsense plak tu main 3-4 ratus dollar sebulan..niche ape tu eh?leh tau?Autoblog ke?

mancisdahbasah said...

argh rezzluz ko tulis macam tu bikin aku segan sendiri. setakat 3-4 ratus dollar ni bukan otai.. ni ikan bilis jer. yang dah otai tu belas ribu dollar sebulan...
malu aku dgn sifu-sfu adsense kalau diorang jengok sini..kekekeke

inanur@TH said...

TQ sharing rahsia ni.
Nak try la guna English kat blog saya yg lagi satu.
Tgk camne hasilnya.

mancisdahbasah said...

no problem. lagipun ini bukanlah rahsia. cuma ramai yang tak perasan. kalau nak buat duit secara serius guna blog, gunalah english.

Anonymous said...

Kenapa adsense sy asyik kena reject jer. Mcm2 alasannya. Terlalu banyak keyword yang sama and sy dituduh menipu sbb salah guna klik iklan. Yang peliknya mcm mana sy boleh salah klik iklan sedangkan sy x de akuan adsense. Apa yg sy perasan mungkin akaun adword sy sbb dia ban sbb sy klik iklan sy sendiri utk test link ok ke tak?

mancisdahbasah said...

cyrul: ni ko cerita pasal application rejected atau kena ban? aku tak berapa faham sgt.

kalau masalah kena reject: salah satu sebabnya ialah guna bukan english. b. melayu tak disupport dlm adsense. dah langgar TOC kalau guna adsense kat site guna BM.

pasal akaun adword tu aku tak pasti boleh ke klik iklan sendiri. Tapi kenapa ko klik iklan sendiri?.. nanti ko yang sendiri bayar.. hahaha

kalau kena ban: mungkin pasal fraud click. sendiri klik atau suruh org klik secara tak langsung.

kelkid said...

pergh..dah macam problogger ni..

mancisdahbasah said...

Kelkid:
ishhh.. malu aku dgn problogger..

Anonymous said...

aku pny kena reject terus.. bila dah baca btul2,bru perasan dorg xterima BM pny. INDONESIA adalah.Last2 aku malas letak adsense tu.

klu TLA + NUFF bole ka?

Unknown said...

masalan aku ,ckp owng putih tu aku buleh ,tapi kalau tulis tu yang ade barat sikit speling hancus

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...