Monday, 17 April 2006

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Awang sedar kerajaan menyediakan peruntukan yang banyak untuk pemuliharaan alam sekitar termasuk RM510 juta dalam RMK-9 untuk penjagaan sungai, namun ia tidak memadai selagi tiada kesedaran menyeluruh rakyat tentang keperluan itu.

Respons
Tak pernah lagi aku dengar orang perseorangan mahupun syarikat kena denda pasal pencemaran sungai. Mungkin aku tak terbaca kot. Kalau ada, sepatutnya kena war-warkan sikit supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain.

Aku rasa tak susah nak trace siapa yang cemarkan sungai. Biasanya kilanglah yang selalu menyumbang kepada pencemaran sungai. Jadi apa lagi, carilah siapa yang bertanggung jawab. Jangan pula buat alasan yang kami tak ada kuasalah, kes tu di bawah kuasa pihak lainlah atau yang paling klasik, pencemaran tidak kritikal.

Kalau dapat denda pihak-pihak yang bertanggung jawab tu, dapatlah tambah baget RM510juta tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...