Sunday, 16 April 2006

Pegawai propembangkang petualang pembangunan

Utusan Malaysia 14 April 2006
APABILA membaca tentang amaran keras Perdana Menteri kepada pegawai kerajaan yang tidak mampu melaksanakan RMK-9, saya teringat kepada satu kisah benar yang berlaku di sebuah daerah di utara negeri Perak.

Kisah ini menunjukkan betapa perlunya fahaman politik seseorang pegawai kerajaan sejajar dengan kerajaan.

Beberapa tahun yang lalu, seorang pegawai pembangunan di pejabat daerah berkenaan adalah penyokong parti pembangkang. Dengan berbekalkan sedikit kuasa yang ada, beliau mula memainkan peranannya termasuk mengeksploitasi minit mesyuarat pembangunan

Bagaimanapun, belang pegawai itu terbongkar apabila dia secara senyap cuba sabotaj satu projek pemindahan mangsa banjir kilat. Siasatan yang dijalankan mendapati dia bersalah dan ditukarkan ke ibu pejabat di Ipoh.

Tidak mustahil tidak terdapat pegawai yang berperangai sama di tempat lain. Diharap pihak berkenaan memantau dengan serius petualang bangsa ini bagi menjamin kejayaan RMK-9.

Tanda petualang ini ialah mereka berasa seronok apabila penduduk datang mengadu masalah. Mereka ini suka rakyat susah dan miskin. Mungkin ini satu strategi politik bagi memudahkan mereka meracun fikiran rakyat.

- PAK TEH, Taiping.

Respons
Aku sebenarnya bukanlah pro pembangkang atau pro kerajaan, tapi aku tak setuju langsung dengan apa yang dia cakap. Memanglah. Kadang-kadang tu kalau dah piyau pembangkang, apa pun projek kerajaan mesti dia nak sabotaj. Kalau tak sabotaj pun, paling-paling pun tak akan turut serta menjayakan projek tersebut. itu kalau dah piyau (pure) lah, dah tak tahu nak bezakan yang benar dan yang salah, yang dosa dan yang dapat pahala. Tapi jarang yang macam tu...

Yang selalu ialah, tak kiralah pro pembangkang atau pro kerajaan.. sama aje. Kalau dah cuma fikir tentang periuk nasi sendiri aje, memang susah nak fikir pasal benda lain. Ada pegawai kerajaan tu, kena suap baru jalan setapak, kena suap lagi jalan setapak lagi. Kalau pandai suap, dapatlah. (bukan semua, satu dua org je). Fikir tentang duit aje. Dalam kepala hotak tu memang dah tak ada benda lain melainkan kekayaan dan kesenangan dunia jer.

Lagi satu, pegawai yang malas na'uzubillah. Boss datang atau menteri datang barulah tunjuk rajin. Kalau tak, memanjang tak ada kat pejabat. Memanjang pergi kursus. Memanjang pergi minum.

Ni sebenarnya orang-orang yang menjadi petualang pembangunan negara, bukannya pro pembangkang aje. Entah-entah, Pak Teh ni orang yang sangat anti pembangkang jadi tak berfikir secara waras.

Come on lah, rasionallah sikit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...