Wednesday, 19 April 2006

Kisah Kafe Siber

Bimbang remaja buang masa di siber kafe
SEBAGAI seorang ibu kepada beberapa orang anak yang sedang meningkat remaja, saya sentiasa di dalam keadaan yang risau dan berjaga-jaga dengan persekitaran yang mungkin boleh mempengaruhi jiwa mereka.

Sekiranya aktiviti yang mereka lakukan memberikan kesan yang baik, maka amat gembiralah hati seorang ibu tetapi jika sebaliknya, amatlah malang nasib kami jika tidak bijak menangani masalah ini.

Di tempat tinggal saya yang terletak di Kampung Sungai Udang, Klang terdapat sebuah pusat siber kafe yang beroperasi hingga awal pagi dan mempunyai pelanggan yang ramai terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.

Respons
Dah banyak kali rasanya kisah yang hampir serupa dipaparkan didada-dada akhbar. Kes yang sedemikian biasanya dilaporkan di kawasan-kawasan pedalaman; bukan di bandar. Kenapa?

Dari pemerhatian aku, memang bukan luar biasa kafe siber dikawasan bandar dan pingir bandar sudah pasti beroperasi 24 jam. Tetapi kenapa tiada kisahnya yang dipaparkan? Apa yang pasti adalah cara penerimaan orang-orang luar bandar tidak sama dengan penerimaan orang bandar. Biasanya pengusaha kafe siber diluar bandar adalah dari kalangan orang Melayu sendiri, dan orang Melayu jugalah yang buat laporan, dan orang Melayu juga yang 'buang masa' di internet kafe. Orang Melayu lebih suka anak-anak muda lepak kat tepi tembok sampai malam-malam buta, 'tak habis duit'. Biasalah Melayu..

Aku teringat satu kisah setahun yang lepas, semasa aku tengah melayari internet di sebuah kafe siber, ada seorang makcik serbu kafe siber, cari anak dia. Kebetulan memang anak dia tengah main counter strike. Kecoh betul. Habis staff kafe siber tu kena marah. Siap dia halau orang lain yang tengah guna komputer. Aku buat bodoh aje lah. Dia cakap dia haramkan anak dia jejak kafe siber tu.

Di awal tahun, baru-baru ni, aku bila aku nak masuk kafe siber tu, aku nampak mak cik tu lagi. Kali ni duduk kat sebelah anak dia, nak isi borang online mohon universiti. Tapi yang kasihannya, anak dia tu sepatah haram pun tak tahu guna komputer. Nak buka internet explorer pun tak tahu!! Yang dia tahu cuma isi petak kosong aje dalam borang, itupun selepas borang online tu dibuka oleh staff kafe siber tu. Tapi lebih kasihan aku tengok staff kafe siber tu, terpaksa beri layanan khas untuk tolong anak mak cik tu isi borang online.

Berbalik pada kisah diatas tadi tu, memanglah kafe siber tak patut dibuka sehingga ke pagi. Berpada-padalah untuk cari keuntungan, jangan sampai biarkan anak-anak bangsa sendiri leka. Buatlah beberapa peraturan seperti had masa dan tutup pada waktunya. Janganlah galakkan bebudak bermain game, letaklah sebahagian aje komputer yang ada game, dan yang lain tiada game.

Sebenarnya game ni adalah satu cara untuk menarik minat bebudak kepada komputer. Mula-mula memang minat main game, lama-lama nanti bila dah boring, pandai-pandailah diorang cari alternatif lain. Macam aku!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...