Tuesday 18 April 2006

Kisah Kakitangan Pejabat Tanah keluar minum

Kakitangan Pejabat Tanah keluar minum lama
PADA 30 Mac 2006, pukul 9.10 pagi saya tiba di Pejabat Tanah Daerah Jempol untuk membuat urusan permohonan tukar syarat nyata.

Apabila sampai di sana saya melihat tiga orang saja kakitangan yang bertugas.

Seorang kakitangan disitu memberitahu saya, kakitangan yang bertugas mengendalikan urusan saya telah keluar minum di luar dan tak tahu bila pegawai itu masuk.

Saya melihat ramai lagi pelanggan lain masih menunggu untuk menyelesaikan beberapa urusan tetapi kakitangan tersebut tiada.

Kami menunggu hampir sejam sebelum mengambil keputusan untuk pulang sahaja kerana pegawai yang ditunggu tersebut tidak diketahui bila akan muncul. Diharap pejabat tanah berkenaan mengambil perhatian akan masalah kami ini.

- PELANGGAN FELDA,

Jempol, Negeri Sembilan.

Respons
Kes ni berkaitan dengan posting aku hari tu, pasal petualang pembangunan.

Aku tak tahulah, mana entah rasionalnya pergi minum waktu kerja. Kat office diorang tak ada tempat buat air ke? Apa kata kalau Pak Lah buat kakitangan kerajaan ni macam murid sekolah. Nak keluar pergi tandas pun kena minta izin guru kelas dahulu.. hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...