KUALA LUMPUR 13 April - Tenaga Nasional Bhd. (TNB), sebuah syarikat strategik negara, kini menghadapi kedudukan kewangan yang paling meruncing dalam sejarahnya.
Bayaran perlu munasabah -- Kementerian, IPP diarah berunding elak bebankan TNB - Najib
BANGI 14 April - Kerajaan mengarahkan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berunding dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) berhubung bayaran yang dikenakan terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar lebih munasabah dan tidak membebankan syarikat tenaga itu.
Elektrik: Rakyat perlu sedia bayar lebih
KUALA LUMPUR 14 April - Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik hari ini secara tidak langsung membayangkan bahawa rakyat Malaysia perlu bersedia mengeluarkan wang yang lebih untuk membayar bagi penggunaan tenaga elektrik di masa hadapan.
Kaji tarif elektrik tiga tahun sekali
KUALA LUMPUR 15 April - Kerajaan digesa mengkaji semula kadar tarif elektrik di negara ini setiap tiga hingga empat tahun bagi membantu mengurangkan kos operasi yang ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Jangan biarkan nadi TNB terhenti
NEGARA pernah melalui krisis tenaga elektrik yang menyaksikan negara bergelap untuk selama tiga hari pada tahun 1996. Dan, kemungkinan berulangnya tidak dapat ditolak, malah ia boleh berpanjangan sehingga setahun.
Senario ini menakutkan. Blackout atau terputus bekalan elektrik – jika ia berlaku lagi, mampu melumpuhkan ekonomi dan menumbangkan kerajaan.
Ini hakikat yang ada sekiranya kemelut kewangan yang dialami oleh Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak diatasi.
Respons
Hmm... dah sah dah.. tak lama lagi bil elektrik akan di naikkan. Dah setiap hari berita pasal TNB ni masuk surat khabar. Surat khabar ni pun macam tali barut TNB jer. Kalau surat khabar tak bikin kepoh, lobi kerajaan, rasanya tak kuat suara TNB tu untuk cari untung lebih. Jadi surat khabar ni bukanlah suara rakyat. Tapi suara orang yang berkepentingan.
Entahlah, semua nak naik. Tak boleh ke berniaga cari keuntungan tanpa membebankan pengguna? Bila rugi je, terus naikkan tarif, kalau untung tak naik-naik, terus bebankan pengguna, nak cover kerugian yang sendiri buat pun suruh pengguna tanggung. TNB, Telekom, tol highway dan lain-lain. Inilah cara perniagaan korporat di Malaysia. Carilah cara lain. Kurangkan perbelanjaan ke, kurangkan majlis ke, kurangkanlah pembaziran. Susun semula perbelanjaan. Aku memanglah tak faham sangat pasal bisness korporat, tapi rasanya tak jauh beza dengan bisnes tak korporat.
Cuba lihat kat sini
TABLE: Malaysia's Tenaga Nasional 2Q Net MYR399.5M
Bandingkan keuntungan TNB bagi tahun 2005 dengan 2006. Makin untung ada, mana ada rugi..? Jadi kenapa nak naikkan tarif? Supaya tahun depan boleh bermegah dapat untung berlipat kali ganda??? Tiada gunanya bermegah, kalau keuntungan diperolehi dengan membebankan rakyat.
Mentang-mentanglah pengguna tak ada pilihan lain... Orang surat khabar pun, sudah-sudahlah tu. Jadilah lidah rakyat yang sebenarnya... Kenapa harus begitu?
No comments:
Post a Comment