AKHBAR Metro Ahad baru-baru ini menyiarkan berita bertajuk ‘Selebriti terkena di Muzik@Ria’ yang memaparkan mengenai rancangan televisyen yang ‘mengenakan’ artis sebagai satu trend untuk menarik minat penonton.
Pada pendapat saya, cara itu tidak sesuai dan jauh menyimpang daripada budaya kita sebagai orang Malaysia kerana ia membabitkan perasaan manusia yang boleh menyebabkan perkara negatif.
Mungkin penonton rasa seronok melihatnya tetapi tidak bagi saya. Cuba bayangkan keseronokan penonton itu sendiri timbul kerana orang yang ‘terkena’ itu berada dalam satu situasi yang sukar. Ada yang menangis, celaru dan keliru.
Respons
Kat dunia ni ada macam-macam orang. Kat Malaysia ni pun ada macam-macam orang. Janganlah cakap, kerana tak suka perlakuan tersebut, benda tu mneyimpang dari budaya kita. Apa hak dia untuk menilai budaya kita. Kadang-kadang benda macam nilah yang merapatkan hubungan sesama manusia. Adakah orang kita tidak berhak untuk berkreatif membuat cerita yang sedemikian.
Janganlah kolot sangat. Sikit-sikit budaya, sikit-sikit budaya. Dia tak suka, tapi ramai lagi orang lain yang suka.
No comments:
Post a Comment