Tuesday, 18 April 2006

Kontroversi AIM 13 2006

AIM13 paling kontroversi
ANUGERAH Industri Muzik Malaysia ke-13 (AIM13) yang akan berlangsung pada 29 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pukul 8.30 malam dijangka meriah sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun penganjuran AIM yang masuk kali ke-13 itu mencetuskan beberapa kontroversi dalam anugerah berprestij itu.

Antaranya, pencalonan artis Singapura, Ahli Fikir yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik bersaing dengan empat lagi artis tempatan.

Selain itu, pencalonan album Mawi yang berjudul Yang Tercinta ditolak bagi beberapa kategori kerana mempunyai durasi masa kurang daripda 40 minit juga menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

Respons
Aku tak fahamlah pasal dua kes ni. Kenapa 'orang ramai' tak nak terima penjelasan pihak pengurusan AIM :

1. Album Mawi tak layak untuk bertanding dalam AIM13.
Album Mawi tu tak cukup syarat untuk bertanding. Syarat yang tak dipenuhi ialah duration album Mawi -Yang Tercinta- tu kurang 40 minit. Dah terang tak cukup syarat, terima ajelah. Kalau nak ubah syarat-syarat tu, ubahlah dilain kali. Takkanlah semata-mata kerana Mawi, AIM kena ubah syarat.

2. Ahli Fiqir layak bertanding.
Memanglah Ahli Fiqir tu orang Singapura (+Indonesia seorang). Tapi diaorang bernaung dibawah syarikat rakaman Malaysia. Macam mana pula dengan M. Nasir, Ramli Sarip, Loloq, tu semua orang Singapura tu... dulu lah. Dah AIM yang buat syarat, dan Ahli Fiqir tu memenuhi syarat-syaratnya. Kalau tak puas hati, nanti suruh AIM buat atau ubah syarat yang ada.

Dah tu, aku terbaca juga yang ada pihak yang nak boikot AIM disebabkan perkara-perkara kecil yang kat atas tu. Lepas tu mungkin, AIM boikot pula artis-artis ni. Lepas tu..lepas tu.. Yaperdaa.. industri muzik kat Malaysia ni kecil aje. Kalau dah boikot-boikot, lama-lama industri muzik tu sendiri yang mati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...