Sunday 23 April 2006

Macam mana nak buat email?

Saya bagi contoh untuk buat email free dari Yahoo (yahoo.com). Email Yahoo ni adalah dalam kategori webmail, boleh terus baca dari laman web. Tak payah download. Contoh lain untuk webmail ialah seperti Hotmail (hotmail.com).

Senang saja nak buat email. Tak sampai 5 minit dah boleh siap.

Cara-cara buat email yahoo. (Klik sini untuk panduan buat email GMail)
1. Buka Internet Explorer
2. Taipkan mail.yahoo.com di address box dan tekan Enter. Lepas tekan Enter, tunggu sebentar sehingga homepage email Yahoo di paparkan.
3. Di homepage mail Yahoo tu, click Sign Up, tunggu sehingga borang Yahoo mail akan dipaparkan.
4. Di bahagian preferred content, pilih Yahoo! Malaysia, dan anda akan dibawa kena borang bahasa Melayu.
5. Isikan semua petak yang bertanda bintang oren.

a. Nama Diri - contohnya, Mahadhir
b. Nama Keluarga - contohnya, Mohammad
c. Jantina - Pilih sendiri
d. Yahoo!ID - ialah pengenalan diri anda contohnya jebon. Jika jebon ialah Yahoo!ID anda, maka alamat email anda ialah jebon@yahoo.com.my. Jika anda membuat eton sebagai Yahoo!ID anda, maka alamat email anda menjadi eton@yahoo.com.my. Yahoo!ID tidak boleh ditukar. Biasanya, Yahoo!ID yang pendek sukar diperolehi kerana sudah digunakan oleh orang lain. Oleh itu, buatlah Yahoo!ID yang pelik dan panjang contohnya seperti, jebon_2006, ataupun eton_malapetaka_2000. Selain dari huruf dan angka, hanya garis bawah "_" dibenarkan.

e. katalaluan - ataupun password - pilihlah katalaluan yang mudah diingati, jika tidak, kemungkinan besar anda tidak akan berjaya membuka email anda dilain kali. Jangan dedahkan katalaluan kepada orang lain.

f. taipkan semula katalaluan - taipkan balik kata laluan yang di petak atas tadi. Untuk memastikan anda taip dengan betul.

g. Soalan keselamatan - pilihlah mana-mana soalan yang anda suka.
h. Jawapan anda - taipkan jawapan anda kepada soalan keselamatan di atas tadi.
i. Tarikh lahir - contoh, 14 Januari 1990
j. Poskod - contoh, 81900
k. Negara - Malaysia

l. Sahkan pendaftaran anda - Masukkan kod yang ditunjukkan - Lihat pada gambar dibawah petak tersebut, ada perkataan dengan huruf-huruf dalam bentuk yang ganjil. Itu adalah kodnya, perhatikan betul-betul.
m. Setelah siap kesemuanya, klik pada butang Saya Setuju

2 comments:

Unknown said...

terima kasih kerana memberi tunjuk ajar.

syaza said...

terima kasih sifu :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...