Friday, 11 February 2011

Photoshop CS5, Picnik dan Blogger

Ada beberapa perkara aku buat hari ni:

Mula-mula aku syok buat banner untuk blog ini. Aku cari gambar mancis dan secawan air kat web. Lepas tu aku godeh-godeh dan modified gambar-gambar tu... dan akhirnya jadilah banner kat atas tu.. kira puas hati jugak lah.



Aku ni tak der lah pandai pun photoshop ni.. cuma belajar dan try ajer. Tapi dah lama juga aku mengenal photoshop ni. Tak salah aku semenjak aku kenal komputer aku dah kenal photoshop. Dulu, photoshop tak glamour sangat.. mungkin psal dulu komputer slow-slow agaknya. Dulu aku lebih kenal Coral Draw ajer...

Berbanding photoshop version lama, aku rasa Photoshop CS5 ni tersangat user-friendly. Semua tools mudah di cari dan digunakan. Apa saja yg terlintas, kalau tak pandai, boleh cari HowTo kat web, lepas try apply. Tak macam Photoshop version dulu-dulu... pening nak guna.. sampai hilang minat. Photshop CS5 ni, yang tak minat pun boleh jadi minat.

Perkara kedua yang aku buat ialah berkaitan dengan grafik juga. Bini aku suruh ubah suai gambar lauk yang dia ambil. Bini aku ni suka blog resepi yang dia masak. So, hari ni dia masak sardin (kah kah kah). Lepas dia ambil gambar sardin tu, dia suruh aku ubah suai supaya nampak cantik dan menyelerakan. Nanti dia uploadlah dalam blog dia gambar dan resepi sardin tu..
Nak bagi gambar makan supaya nampak berseri, cantik dan menyelerakan tak susah. Aku guna application Picnik ajer. Picnik ni program grafik percuma yang digunakan secara online. Aku online Picnik guna program picasa... kat dalam picasa tu dah ada shortcut untuk ke picnik.

Bila dah masuk Picnik, aku boostkan color lauk sardin tadi.. boostkan bahagian lauk ajer.. pinggan tak yah.. barulah naik dan berseri kaler dia.. lepas tu aku blurkan gambar sekeliling lauk... blurkan sikit ajer.. tak ketara sangat.. supaya lauk tu yg akan menjadi tumpuan viewer.. lepas tu aku tambah-tambah sikit, kasi frame lah etc... dah siap.

Perkara ketiga yang aku buat ialah; buat sentuhan terakhir blog pakcik yang upah aku tu. Dah siap dah. Dah puas hati aku.. kira cantik dan nampak profesional jugak lah.... hahaha puji diri sendiri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...