Monday 7 February 2011

Upah buat blog dan facebook page

Hari ni ada orang suruh aku buatkan blog dengan facebook.

Serba salah juga aku, nak buatkan memang tak susah tapi cerewet dan leceh kerjanya, betul tak? Bukannya setakat menaip satu mukasurat penuh, ubah-ubah format font sana-sini terus siap.

Kena fikir konsep yang sesuai untuk bisnes dia... (oh ye orang tu suruh buat blog untuk bisnes dia).. Kena pilih warna yang sesuai, gambar yang sesuai, layout yang sesuai untuk bisnes, jenis tulisan lagi supaya nampak profesional.

Lepas tu isi butiran yang dia bagi pun macam tak lengkap. Pening gak kepala aku.

Aku survey kat internet harga untuk perkhidmatan memebuat blog. Macam-macam harga ada... dari rm60 sampailah rm350.

Jadi aku minta upah dari orang tu RM100 jer. Itu pun aku rasa agak serba salah. Pasal benda ni mudah kalau tahu buat, semuanya percuma. Register blog free, kat dalam tu dah ada template, pilih ajer. Register facebook pun free.. semua org boleh buat. Itu pun kalau tahu. Pokok pangkalnya KALAU TAHU a.k.a KALAU PANDAI BUAT.

Kalau tak pandai, RM100 tu kira murah agaknya. Agaknyalah.

Register blog tu memang free, tapi nak ubah suai.. kena kira kadar kekreatifan juga... kena perah otak gak. Macam aku tulis awal-awal tadilah.. macam-macam nak difikirkan.. ikut kesesuaian bisnes dia.

Lagi satu register facebook pun free.. tapi tak sesuailah kalau pakai facebook semata, kenalah buat facebook pages barulah mantap... bila guna facebook pages, kenalah kreatif.. kena perah otak lagi..

3-4 hari punya kerja ni, aku mintak upah RM100... wah!.. ini dah kira murah..

6 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

3-4 hari upah RM100 memang murah. bagaikan dpt gaju bawah RM30 sehari.. memang senang nak buat tapi menuntut masa yg banyak upah tu lebih pd masa yg kita luangkan.

Anonymous said...

salam still amik upah buat blog dan link to fb pages? pakej you ni termasuk tak dengan tambah ads and features untuk tambah trafik? saya perlukan khidmat bukan sebab tak tahu buat tapi menuntut masa dan kena bagi lawa2 blog tu yg takde masa. saya nak buka bisnes proper online laa tu yg tanya. it's time for meto start off. harap keje harian yg busy memanjang payah. pls email me at sommersetbay@yahoo.com. TQ

Anonymous said...

STILL AMBIK UPAH BUAT FAN FAGE KAT FB KER? EMEL SAYA NATRAH, DI natrah_ahmadsidi@yahoo.com
tq

Anonymous said...

Email akk : rosnani.mohamedani@yahoo.com.my
Nk upah buat page fb ...
Akk x sempat nk buat...plssss

Unknown said...

Assamualaikum. Masih ambil upah buat
Page fb ke? Email saya di azchantique@gmail.com. terima kasih

justkay said...

Salam.masih lagi ambik upah buat fb page? Email: aierulz10@gmail.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...