Lepas tu tengok gambar ni pulak:
Amacam? Nampak tak perbezaannya?
Gambar 1, dia punya langit nampak pudar, laut pun kelabu semacam. Tebing simen tu pun tak macam sebenarnya. Gambar 2, aku dah edit guna Photoshop CS5, supaya gambar tu nampak lebih berseri dan menggambarkan keadaan yang sebenarnya.
Ni ada lagi satu gambar sebelum di edit:
Yang ni pulak gambar yang sama selepas di edit guna Photoshop CS5
Barulah nampak dia punya keindahan alam semulajadi.
Aku tak lah rajin nak buat tutorial. Banyak kerja oo nak tunjuk step by step. Lagi pun dah berlambak-lambak site kat internet yang buat tutorial untuk Photoshop... lagi pulak yang buatnya pulak ialah yang memang pakar-pakar Photoshop. Siapalah aku untuk buat tutorial... hahaha
Tapi aku tunjukkan link tutorial yang aku rasa sangat bagus. Aku modify gambar-gambar kat atas tu, sememangnya berpandukan dari tutorial ini:
1. Tinting and Enhancing Colors with the Photo Filter
2. Bring out shadow and highlight details in an image
3. Enhancing the sky in photo
Gambar pertama tu aku guna gradient untuk gelapkan langit. Lepas tu guna photo filter, cooler color pad laut dan warmer kat tebing simen tu.
Gambar kedua pulak, juga, aku guna gradient untuk gelapkan biru langit. Lepas tu aku adjust shadow dan highlight.
Itu sahaja. Mudahkan?
1 comment:
Memang ketara sangat perbezaan pakai photoshop dengan tak pakai.
Seriously cantik. Jelas sangat and memikat hati. Hehehe
Post a Comment