Thursday, 17 February 2011

Ikan Pecah Perut

Tugas-tugas membeli belah barang dapur ni memang aku serahkan kat bini aku. Sebabnya memang hobinya suka membeli-belah. Tak dapat membeli-belah kat kompleks, dapat membeli-belah kat gerai jual ikan pun dah bagus. Dapat juga lepas gian... hehehehe

Yang aku nak cerita kali ni ialah mengenai kualiti ikan yang di jual kat kawasan aku ni. Dia punya ikan kebiasaannya tak segar. Yang dah pecah perutlah, yang mata merahlah dan yang dah lebam-lebam.

Agaknya, kenapa jadi macam ni? Padahal, kawasan aku ni cuma 20-30km jer dari laut. tapi ikan-ikan yang sampai sini macam dah 2-3 hari punya ikan.

Aku rasa, ni semua disebabkan sikap tamak peraih-peraih ikan. Diorang beli semua ikan, lepas tu semua pergi eksport ke Singapore. Singapore dollar kan tinggi. Jadi untung pun berkali gandalah. Ni apa yang aku fikirkanlah. Aku tak pernah buat kajian pun. Tapi memang logiklah syak wasangka aku ni.

Yang tinggal kat Johor ni semua ikan-ikan yang dah di reject, tak boleh dijual di Singapura, tak mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.

Gambar Hiasan
Tapi yang dah di reject ni pun di bahagi lagi. Yang elok-elok, yang nampak bagus lagi... semua jual kat area bandar. Pasar-pasar besar dan kompleks seperti Giant, Ekonsave etc dapatlah juga yang bagus-bagus. Lepas tu yang tak elok semua lambak kat kawasan luar bandar. Dapatlah aku ikan yang dah pecah perut...

Jadi logik tak apa yag aku tulis tadi. Dah 2-3 hari putar-putar dari jeti ke bandar, eksport ke Singapore, kena reject, masuk balik Johor, jual kat bandar, balance yang tak laku jual murah kat penjual ikandari luar bandar. 2-3 hari tu dah untung... entah-entah dah seminggu punya...

Ini semua angkara sikap tamak haloba para peniaga. Tak ada sifat dan timbang rasa nak utamakan masyarakat sendiri. Semua nak isi tembolok sendiri. (Marah ni...) Sebab tu orang yang pentingkan diri sendiri orang putih panggil selfish agaknya.. hehehe..

Ini adalah salah satu kelebihan duduk kat bandar. Senang nak dapat makanan. Hari tu aku pergi ekonsave... jelesnya aku tengok makanan segar kat situ. Cakap jer nak makan apa, semua ada. Macam-macam ikan ada. Nampak pun macam segar-segar belaka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...