Thursday, 24 February 2011

CD/DVD Writer Akukah Yang Rosak?

Saja aku nak kongsi pengalaman. Mungkin boleh di jadikan panduan berguna bagi mereka yang mengalami perkara yang sama.

Aku pernah terkena problem ni. Masalahnya ialah DVD writer kat komputer ni tak boleh nak burn sebarang CD. Bila aku burn guna Nero, dia akan burn macam biasa. Macam tak ada apa-apa masalah. Tapi bila dah siap, tengok kat dalam CD tu masih kosong. Tak ada apa-apa yang terburn disitu. Tapi bila aku try guna CD tu balik untuk burn file lain pulak Nero akan reject. Seolah-olah CD tu telah pun penuh. Jadi CD tu 'burn'lah dalam tong sampah. Rugi seringgit.

Mulanya aku ingat pasal kualiti CD/DVD yang tak berapa baik. Aku tukar CD/DVD jenama lain pun sama jugak. Jadi aku ingat ini mungkin CD/DVD Writer ni dah rosak agaknya. Lagi pun dah agak lama dah dari tarikh aku beli. Dah bertahun-tahun. Kalau rosak pun agak logiklah.

Tapi sebelum aku buat-apa apa keputusan muktamad, untuk membuang DVD writer yang rosak ni, aku kena guna beberapa talian hayatlah.

Mula-mula sekali aku try uninstall Nero, lepas tu reinstall balik. Keputusan tetap sama. Aku guna burning software yang lain pun sama gak. Aku try ketat-ketat kan sikit cable pada DVD writer tu. Sama jugak. Ganti cable pun tak menyelesaikan masalah problem tu. Banyak juga CD-R yang aku 'burn'kan ke dalam tong sampah.

Kalau ada benda ni best. Boleh majukan industri cetak rompak.. kekeke!
Last sekali, aku bukak DVD writer tu, try test masuk dalam komputer lain. Eh, masih ok. DVD writer tu berfungsi macam biasa. Semua CD boleh di burn dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah. Jadi aku buat kesimpulan di situ, sistem komputer aku yang first tu yang problem.

Aku pun format balik Windows. Lepas install semua driver, software yang first sekali aku install ialah Nero. Aku try burn sebijik CD. Yahooo... tiada masalah. Maka settle la masalah aku di situ.

Problem tu aku kena masa tahun lepas, dah setahun dah. DVD writer tu masih berfungsi seperti biasa sampai sekarang. Jadi kesimpulannya DVD writer aku ok, tapi yang problem ialah Windows. Apa yang buat Windows XP aku jadi macam tu? Entahlah, masih dalam enigma.. tak sempat buat psot mortem.

Bercakap pasal sistem yang problem ini ada satu joke mengenai sistem engineer:
Four Engineers and a Broken Car

There are four engineers travelling in a car; a mechanical engineer, a chemical engineer, an electrical engineer and a computer engineer. The car breaks down. "Sounds to me as if the pistons have seized. We'll have to strip down the engine before we can get the car working again", says the mechanical engineer. "Well", says the chemical engineer, "it sounded to me as if the fuel might be contaminated. I think we should clear out the fuel system." "I thought it might be an grounding problem", says the electrical engineer, "or maybe a faulty plug lead." They all turn to the computer engineer who has said nothing and say: "Well, what do you think?" "Ummm - perhaps if we all get out of the car and get back in again?"

2 comments:

faiz said...

slm ..mcm mana nak burn drama korea in cd??
boleh tolong ajarkan x..sebab saya x thulah..

Anonymous said...

Itu nero 7 tak kawan dgn vista pun main senyap senyap je. Nasib baik aku pening masatu je. Sekarang dak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...