Friday 11 February 2011

Mancis Dah Basah

Hari ni aku tukar nama blog lagi. Dari bluekeyboard kepada mancisdahbasah. Barulah nampak kemelayuan. Barulah kena. Blog nama omputih tapi tulis semua bahasa melayu... ni dah tukar nama barulah kena. Cuma layout, aku masih kurang berpuas hati...

Aku ada buat snapshot blog aku semasa guna nama bluekeyboard tu untuk buat kenang-kenangan..cewah..



Mancis dah basah ni lagu search & awie. Best lagu ni. Dalam album ni, aku paling suka lagu nilah. Lagu lain dalam album ni yang meletup-letup ialah Nur Nilam Sari.. tapi tu lagu balada..

Bagi aku lagu Mancis dah Basah ni, memang bagus untuk penguat semangat yang dah hilang...

Sempena dengan nama baru blog aku ni, ni lirik Mancis dah Basah dan videonya.. yeahhh!!


Search & M. Nasir / Loloq
Jangan kau terpedaya
Gunakan kepala mu
Waima sampai bila
Kau goreskan
Tak mungkin akan menyala
Mancis dah basah
Sampai bila nak berangan
Sampai bila nak kempunan
Mancis mu dah basah
Bagai anjing
menyalak bulan
Minta bantuan
hantu jembalang
Jangan kau terpedaya
Gunakan kepalamu


Dialog
Hidup ini impian
Apa impian anda?
Sudahkah anda pilih
Tunggu apa lagi?
Tujuh anggota
Lima indera
Satu jiwa
Apa yang tak cukup?
Apa yang ditakut?
Cengkam tunjang bumi
Pegang tongkat Ali
Mainkan peranan
Hidup ini impian
Ayuh....bangun
Bangun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...