Mula-mula aku tak perasan, logo google kat atas tu mengenai apa. Google ni memang selalu berubah-ubah logo kat search page dia. Bila tahun baru gmbar lain, bila christmas gambar lain.. selalulah bertukar-tukar. So, sebab tu aku tak kisah. Cuma apa yang aku perasan, antara banyak-banyak logo Google, logo kali inilah yang paling buruk sekali... hahahaha
Rupa-rupanya, logo Google kali ini adalah berkaitan dengan sambutan hari valentine. Tak sensitif betul aku ni. Tapi kenapalah buruk sangat?
Berkait dengan logo Google yang buruk kali ini, Sambutan Hari Valentine tahun ini pun diselimuti dengan beberapa isu yang buruk. Bukan isu sangat pun. Tapi beberapa perkara yang aku terbaca di internet.
Salah satunya adalah JAKIM melancarkan kempen Awas Jerat Hari Valentine. Tujuan kempen adalah untuk menanamkan kesedaran kepada umat Islam, khususnya remaja, tentang haramnya menyambut hari Valentine. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-71 bahawa ia tidah pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut yang mempunyai unsur-unsur Kristian serta amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.
Aku rasa sejak aku sekolah menengah lagi, sekitar tahun 1988-1989, dah ada kempen kesedaran mengenai hukum menyambut hari Valentine ni. Masa tu aku terbaca artikel mengenai asal usul Valentine's Day kat papan kenyataan kat surau hostel aku. Dah lama dah... tapi, nampak terlalu perlahan dia punya kesan. Kenapa ye?
Aku rasa, sebabnya mudah ajer. Sambutan hari valentine ni dah ditinggikan nilai komersialnya oleh para peniaga. Kalau nak menyambut hari valentine ni, satu, kena ada couple. Lagi satu kena ada hadiah. Hadiah ni lah yang menjadi katakunci bagi kekomersialan hari valentine. Perniagaan yang paling untung adalah kedai bunga. Harga bunga-bunga, terutama bunga mawar naik harga berkali-kali ganda...hahaha. Kedai cokelat habis stok..Perniagaan lain, kedai emas... laku ooo emas time-time macam ni. Mak we semua nak hadiah barang kemas jer. Kedai handphone pun laris juga. Zaman sekarang ni kalau bagi awek hadiah handphone canggih-canggih, mesti I love u teruslah... hehehe. Kompleks membeli-belah pun ramai orang... ramai couple merendek.
Yang baiknya perniagaan laris.. ekonomi baguslah. Itu yang baik. Tapi yang buruknya..tak tertimbal langsung dengan kebaikkannya. Cuba baca blog Zulkifli Nordin kat sini Al-Valantino. Aku nak tepek gambar-gambar dari blog tu pun tak sampai hati.
Hal kedua, berkaitan hari valentine ni ialah berkenaan MCA hentam Ustazah Siti Nur Bahyah. Marah betul MCA bila ustazah tu cakap “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian. Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) pun suruh Siti Nor Bahyah permohonan maaf.
Pada aku, pendapat Ustazah Siti Nur Bahyah tu ada betulnya, dan ada yang tak betulnya juga. Masyarakat kristian memang dah macam tu cara kehidupannya, tapi diorng tu tak perlu melenting macam tu sekali. Seolah-olah macam ada agenda tertentu je. Valentine itu sendiri berasal dari nama seorang paderi kristian. Lihat wiki sini. Ada sesetengah pendapat yang menyatakan hari valentine tu adalah untuk memperingati paderi tersebut.
Hari ni, aku terbaca kat Beautifulnara.com, mengenai komen selebriti Sharifah Sofea pasal haramnya menyambut Hari Valentine macam kat gambar atas tu. Dia cakap kenapa tahun-tahun yang sebelum ni sambutan hari valentine tak haram? hehehe... Kalau di kira dari pengetahuan aku, aku dah tahu benda ni hukumnya haram dari tahun 1988, maknanya dah 23 tahun dah.... dah lama daaaah.
Tapi memang betullah, tak semua orang tahu. Dan ada juga yang buat-buat tak tahu. Jadi JAKIM kena buat kempen ni lebih besar pada tahun hadapan. Lebih besar dan lebih awal lagi. Supaya lebih ramai yang tahu dan yang buat-buat tak tahu tu jadi malu pasal buat tak tahu.... kekekeke
No comments:
Post a Comment