EPISOD 1
"Kau tahu tak apa malapetaka yang bakal menimpa kalau rahsia ni pecah", kata Mat Sarip sambil memetik pemancis api Zipponya yang dihadiahkan oleh mak we dia si Wafi.
Tak berapa terang apa yang dia cakap, pasal mulut dah kepit rokok keretek Gudang Garam seludup. Tapi memang aku fahamlah apa yang dia cakap.
"Baru je berapa orang tahu dah kecoh dah. Kalau satu negara, satu dunia tahu?" tambahnya lagi.
Monday, 28 February 2011
Sunday, 27 February 2011
Kisah Tunaikan Western Union dari Google Adsense di Bank-bank Berlainan
Kategori:
Blogging Punya Hal,
Pengetahuan Am
Kat sini aku nak kongsi sikit pasal pengalaman aku 'cash'kan Western Union di bank-bank yang berlainan. Western Union adalah cara paling pantas Google Adsense boleh kirim duit kepada 'pekerja-pekerjanya' yang berada di Malaysia. Kalau dulu, masa belum guna Western Union, Google hantar cek guna mail biasa. Lambat tuuu... Bila dia update status payment issued kat akaun Adsense, kena tunggu sebulan barulah cek sampai. Lepas tu kena tunggu lagi dua minggu untuk cashkan cek tu selepas masukkan dalam bank. Ada lagi! Kena charge dari bank lagi pasal cashkan cek oversea. Kalau tak silap aku kalau cash ikut Maybank kena charge RM80! Dululah sekitar tahun 2006-2007.. sekarang dah lama tak guna cek, tak tahulah sama ke tak.
Saturday, 26 February 2011
Cara Buat Pendrive Untuk Setup Windows XP/Vista/7/etc
Kategori:
Komputer dan Internet
Macam mana nak buat pendrive setup Windows tu??
Tak susah. Memang mudah macam makan kacang hehehehe.. tapi kenapa nak setup guna pendrive?
Ooooh... netbook tak ada CD/DVD drive yer. Memanglah. Kalau nak setup Windows kena ada CD drive. Kalau nak setup Windows 7 pulak kena ada DVD drive pasal Windows 7 ni file dia besar, dekat-dekat 4 GB.
Walaupun apa yang aku nak tunjukkan ni sebenarnya adalah cara buat pendrive setup Windows, tapi kena ada juga PC atau komputer lain yang mempunyai CD/DVD drive untuk memindahkan fail-fail dari CD/DVD Windows original tu untuk dipindahkan ke dalam pen drive.

KMovie - 200 Pounds Beauty
Kategori:
Drama dan Filem Korea
Rasanya ramai yang dah tengok cerita ni. Dan mungkin ramai gak yang setuju kalau aku cakap cerita ni best. Aku pun dah lama tengok cerita ni. Cerita ni keluar tahun 2006. Dah main pun kat TV8. Dah berapa kali ulang aku tak pastilah pulak.
Dari segi jalan cerita ni, rasanya, agak simple. Kisah seorang perempuan yang gemuk dan tak cantik transform jadi lansing dan cantik semata-mata untuk mengurat lelaki idaman dia. Simple kan? Tapi apa yang membuatkan cerita ni best?

Thursday, 24 February 2011
Pendaftaran Perniagaan (ROB) di SSM
Kategori:
Pengetahuan Am
Aku punya ROB (Registration of Business) atau dalam bahasa Melayunya Perakuan Pendaftaran Perniagaan akan expired pada 28 Febuari ni. Jadi aku pun pergi JB semalam. Kebetulan anak aku nak kena buat pemeriksaan gigi kat Hospital Sultan Ismail. Sekali jalanlah.
Tinggalkan anak-anak dan bini aku kat HSI, aku terus ke JB sorang-sorang. Dah lama juga aku tak masuk bandar JB. Apa ceritalah agaknya. Tapi memang nasib aku agak kurang baik hari tu. Ada perarakan berhampiran dengan Landmark Mall. Banyak jalan yang kena tutup. Berpusing-pusing juga aku untuk nak sampai ke Menara Ansar.

CD/DVD Writer Akukah Yang Rosak?
Kategori:
Komputer dan Internet
Saja aku nak kongsi pengalaman. Mungkin boleh di jadikan panduan berguna bagi mereka yang mengalami perkara yang sama.
Aku pernah terkena problem ni. Masalahnya ialah DVD writer kat komputer ni tak boleh nak burn sebarang CD. Bila aku burn guna Nero, dia akan burn macam biasa. Macam tak ada apa-apa masalah. Tapi bila dah siap, tengok kat dalam CD tu masih kosong. Tak ada apa-apa yang terburn disitu. Tapi bila aku try guna CD tu balik untuk burn file lain pulak Nero akan reject. Seolah-olah CD tu telah pun penuh. Jadi CD tu 'burn'lah dalam tong sampah. Rugi seringgit.
Mulanya aku ingat pasal kualiti CD/DVD yang tak berapa baik. Aku tukar CD/DVD jenama lain pun sama jugak. Jadi aku ingat ini mungkin CD/DVD Writer ni dah rosak agaknya. Lagi pun dah agak lama dah dari tarikh aku beli. Dah bertahun-tahun. Kalau rosak pun agak logiklah.
Tapi sebelum aku buat-apa apa keputusan muktamad, untuk membuang DVD writer yang rosak ni, aku kena guna beberapa talian hayatlah.
Mula-mula sekali aku try uninstall Nero, lepas tu reinstall balik. Keputusan tetap sama. Aku guna burning software yang lain pun sama gak. Aku try ketat-ketat kan sikit cable pada DVD writer tu. Sama jugak. Ganti cable pun tak menyelesaikan masalah problem tu. Banyak juga CD-R yang aku 'burn'kan ke dalam tong sampah.
Last sekali, aku bukak DVD writer tu, try test masuk dalam komputer lain. Eh, masih ok. DVD writer tu berfungsi macam biasa. Semua CD boleh di burn dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah. Jadi aku buat kesimpulan di situ, sistem komputer aku yang first tu yang problem.
Aku pun format balik Windows. Lepas install semua driver, software yang first sekali aku install ialah Nero. Aku try burn sebijik CD. Yahooo... tiada masalah. Maka settle la masalah aku di situ.
Problem tu aku kena masa tahun lepas, dah setahun dah. DVD writer tu masih berfungsi seperti biasa sampai sekarang. Jadi kesimpulannya DVD writer aku ok, tapi yang problem ialah Windows. Apa yang buat Windows XP aku jadi macam tu? Entahlah, masih dalam enigma.. tak sempat buat psot mortem.
Bercakap pasal sistem yang problem ini ada satu joke mengenai sistem engineer:
Aku pernah terkena problem ni. Masalahnya ialah DVD writer kat komputer ni tak boleh nak burn sebarang CD. Bila aku burn guna Nero, dia akan burn macam biasa. Macam tak ada apa-apa masalah. Tapi bila dah siap, tengok kat dalam CD tu masih kosong. Tak ada apa-apa yang terburn disitu. Tapi bila aku try guna CD tu balik untuk burn file lain pulak Nero akan reject. Seolah-olah CD tu telah pun penuh. Jadi CD tu 'burn'lah dalam tong sampah. Rugi seringgit.
Mulanya aku ingat pasal kualiti CD/DVD yang tak berapa baik. Aku tukar CD/DVD jenama lain pun sama jugak. Jadi aku ingat ini mungkin CD/DVD Writer ni dah rosak agaknya. Lagi pun dah agak lama dah dari tarikh aku beli. Dah bertahun-tahun. Kalau rosak pun agak logiklah.
Tapi sebelum aku buat-apa apa keputusan muktamad, untuk membuang DVD writer yang rosak ni, aku kena guna beberapa talian hayatlah.
Mula-mula sekali aku try uninstall Nero, lepas tu reinstall balik. Keputusan tetap sama. Aku guna burning software yang lain pun sama gak. Aku try ketat-ketat kan sikit cable pada DVD writer tu. Sama jugak. Ganti cable pun tak menyelesaikan masalah problem tu. Banyak juga CD-R yang aku 'burn'kan ke dalam tong sampah.
Kalau ada benda ni best. Boleh majukan industri cetak rompak.. kekeke! |
Aku pun format balik Windows. Lepas install semua driver, software yang first sekali aku install ialah Nero. Aku try burn sebijik CD. Yahooo... tiada masalah. Maka settle la masalah aku di situ.
Problem tu aku kena masa tahun lepas, dah setahun dah. DVD writer tu masih berfungsi seperti biasa sampai sekarang. Jadi kesimpulannya DVD writer aku ok, tapi yang problem ialah Windows. Apa yang buat Windows XP aku jadi macam tu? Entahlah, masih dalam enigma.. tak sempat buat psot mortem.
Bercakap pasal sistem yang problem ini ada satu joke mengenai sistem engineer:
Four Engineers and a Broken Car
There are four engineers travelling in a car; a mechanical engineer, a chemical engineer, an electrical engineer and a computer engineer. The car breaks down. "Sounds to me as if the pistons have seized. We'll have to strip down the engine before we can get the car working again", says the mechanical engineer. "Well", says the chemical engineer, "it sounded to me as if the fuel might be contaminated. I think we should clear out the fuel system." "I thought it might be an grounding problem", says the electrical engineer, "or maybe a faulty plug lead." They all turn to the computer engineer who has said nothing and say: "Well, what do you think?" "Ummm - perhaps if we all get out of the car and get back in again?"
Wednesday, 23 February 2011
Apa Makna Nombor 59 dan 38 Contact Lenses SofLens
Kategori:
Duniaku
Aku punya supply contact lenses dah habis. Nak kena beli lagi. Bukan contact lense yang kaler-kaler tu, yang macam awek-awek tu... bukaaaann.. Itu ngada-ngada tak der penyakit cari penyakit. Yang aku pakai ni contact lenses orang rabun betul punya. Beginilah nasib orang yang rabun yang tak mahu pakai spek. Bukan tak nak pakai spek, tapi rasa amat membebankan, rasa macam ada benda kat atas hidung (memang ada benda pun!). Cuma orang yang pakai spek jer yang faham permasalahan ini. Lebih-lebih lagi orang yang spek dia dah tebal satu inci...kekeke
Tadi aku ke Econsave, nak beli barang sikit. Alang-alang dah ke bandar ni, aku belilah contact lenses sekali. Kat Econsave tu cuma ada sebiji jer kedai spek. Tapi yang jadi agak masalahnya, packaging dia lain. Jenama sama. Bausch & Lomb SofLens. Aku memang dah biasa pakai jenama ni. Dah 10 tahun dah aku pakai brand ni. Aku pakai contact lenses pun dah lebih 10 tahun.
Bila aku tengok kotak dia lain. Aku rasa macam tak nak beli. Tapi, malas pulak aku nak ke tengah bandar tengah-tengahari ni. Lagi-lagi waktu orang tengah keluar lunch. Hmm... aku pun beli jer lah. Harga dia agak murah pulak dari yang aku biasa beli tu. Yang ni harga dia RM50, yang biasa aku beli tu harga dia RM60 (dulu RM55 sekarang dah naik!). Biasalah, dalam satu kotak tu ada 3 pasang contact lense, boleh tahan untuk 3 bulan, satu bulan buang, satu bulan buang..
Bila dah sampai rumah, aku pun bandingkan dengan kotak contact lenses aku yang lama. Baru aku perasan, selain dari kotak dia lain, dia punya nombor tu tak sama. Yang biasa aku pakai ialah SofLens 38, yang aku baru beli ni SofLens 59. SoftLens ni adalah brand contact lenses di bawah jenama Bausch & Lomb.
Aku pun cek lah kat internet (mudahlah zaman sekarang ni, maklumat di hujung jari beb!). Gelabah juga. Takut-takut tak boleh pakai yang jenis ni pulak. Dari website Bausch & Lomb, apa yang aku faham nombor 38 dan 59 tu ialah peratusan air didalam contact lenses tersebut. Dari website itu juga ada diberitahu yang material antara kedua jenis SofLens ni pun dari material yang berlainan. Lagi satu dia tulis kat situ, lebih tinggi peratusan air lebih selesa untuk orang kurang air matanya, manakala contact lenses yang kurang peratusan air adalah lebih baik kerana ia memerlukan kurang moisture untuk kelembapan.
Aku cari lagi info lain. Dekat dalam satu forum ni, ada diorang cakap yang SofLens 59 ni tak berapa bagus pasal ia 4 kali lebih tebal dari SoftLens 38. ALAMAK!! Lagi satu, SofLens 59 ni kurang penembusan oksigen pada anak mata. LAGI SATU ALAMAK!!! ni yang buat biji mata merah jer memanjang...tak cukup oksigen.
Lagi info:
Ataupun mungkin aku tak biasa pakai kot jenis ni. Aku try pakai jer lah dulu. Try seminggu tengok macam mana. Kalau tak ok, kena beli yang lain ni... aduih... kopak poket aku..
Update March 29, 2011:
Lepas sebulan lebih aku pakai Soflens 59 ni, aku rasa tak ada bezalah dengan SofLens 38. Macam sama aje. So, lain kali kalau tak ada 38, beli 59 pun okay aje.

The differences between these three contact lenses is the material. The 38 and 59 denotes the percentage water content of the contact lenses. While higher water content contact lenses may be more comfortable to wear for people who have a low level of tear fluid a low water contact lens might be better as it requires less moisture to keep it hydrated.Entah... aku pun dah berap fahamlah.
Aku cari lagi info lain. Dekat dalam satu forum ni, ada diorang cakap yang SofLens 59 ni tak berapa bagus pasal ia 4 kali lebih tebal dari SoftLens 38. ALAMAK!! Lagi satu, SofLens 59 ni kurang penembusan oksigen pada anak mata. LAGI SATU ALAMAK!!! ni yang buat biji mata merah jer memanjang...tak cukup oksigen.
Lagi info:
Your sofmed lenses are 55% water. As a general rule with standard hydrogel lenses, the higher the water content, the more oxygen permeable they are. But the higher the water content, the more prone they are to drying out and drawing water away from your eyes, which in turn makes your eyes feel itchy and uncomfortable.Ni yang tak best ni. Aku pun rasa semacam jer kat mata aku ni. Rasa macam tak best ajer. Kepala pun macam goyang-goyang. Macam atas kapal laut mewah gitu.. (cewah... macamlah pernah naik..).
Ataupun mungkin aku tak biasa pakai kot jenis ni. Aku try pakai jer lah dulu. Try seminggu tengok macam mana. Kalau tak ok, kena beli yang lain ni... aduih... kopak poket aku..
Update March 29, 2011:
Lepas sebulan lebih aku pakai Soflens 59 ni, aku rasa tak ada bezalah dengan SofLens 38. Macam sama aje. So, lain kali kalau tak ada 38, beli 59 pun okay aje.
Tuesday, 22 February 2011
Berkomunikasi Dengan Awek Amat Menjimatkan Di Zaman Ini
Kategori:
Coretan Fikiran
Zaman dah berubah. Teringat zaman aku muda-muda dulu. Makwe kat Johor. Aku duduk KL. Kalau guna public phone, kena siap-siap beli kad phone. Kad phone yang Rm10 tu cuma boleh tahan lebih kurang 20 minit ajer. Kalau RM20, dapatlah 40 minit. Orang tengah rak bercinta, 40 minit mana cukup beb!
Dah tu, kalau tengah pokai, pakai telefon rumah pulak. Apa lagi, tak ingat dunialah. Orang kata lost in love.. hahahaha. Bergayut sampai pagi. Seminggu jer.. bill telefon dah macam neraka. Gila.
Bila harga handphone dah turun, dan dah mampu-milik barulah aku dapat beli handphone. Handphone aku yang pertama ialah Motorola. Model apa aku tak pasti pulak. Masa tu aku guna khidmat Mutiara Telekom 016. Siap dengan register line harga dia lebih kurang RM1000 jugak.
Lepas tu awek aku pulak (sekarang dah jadi bini) beli handphone. Handphone dia cantik sikit. Model Ericsson GH688. Bukan sony ericsson ye.. Masa tu sony belum lagi ambil alih Ericsson. Harga dia tak salah aku lebih kurang RM900. Bini aku masih simpan lagi handphone ni. Masih cantik lagi. Aku punya motorola aku dah buat baling anjing... hehehe
Bila aku dah ada handphone, awek aku pun dah ada handphone...wahhh sukalah. Merayau-rayau pegang handphone. Makan dekat McD, letak handphone batu bata tu atas meja tau... hehehe
Tapi yang tak bestnya, zaman tu SMS masih belum ada. So, kena buat call jer lah kalau nak berkomunikasi. Masa tu panggilan mobile-to-mobile sememangnya amat mahal, tak macam sekarang. Tak lama lepas tu SMS pun diperkenalkan. Rasa agak jakunlah. Tapi charge dia 50sen satu SMS.. hahaha..cekik darah betul, baik buat call terus. Lepas tu tak boleh SMS antara service provider yang berlainan. Kelakarlah...
Sekarang ni senang jer nak contact awek. Kalau duduk jauh-jauh pun no problem, boleh sms. Nak borak lama-lama boleh chatting ikut internet. Tak cukup dengan tu, kalau nak tengok muka pun boleh guna Skype atau webcam. Best!
Kalaulah dulu ada internet, SMS, facebook.. fuh jimat duit aku. Couple zaman sekarang memang amat beruntung. Boleh simpan duit untuk buat kenduri kawin. Kawin cepat sikit.
Aku tengok bebudak remaja sekarang, tetiap malam lepak kat cyber cafe. Tengok facebook. Chatting dengan awek 2-3 jam. Lepas tu bayar RM6.. jimat tuu...

Monday, 21 February 2011
Cara Pindah Post Blog Lama ke Blog Baru
Kategori:
Komputer dan Internet
Hari ni aku pindahkan posting-posting aku dari blog lama ke blog baru ni. Tak adalah banyak sangat. Bukan apa, sayang juga karang-karangan lama yang penuh dengan nostalgia tu untuk dibiarkan macam tu ajer. Yang kurang bestnya, dulu aku tulis pakai english. Jadi bila import dalam blog Bahasa Melayu ni, jadi blog ni dah jadi macam rojaklah. Ada English ada Bahasa Melayu. Tapi lantaklah, asal aku bahagia suder...
Lagi pun mudah jer kerja-kerja mengimport ni. Dua tiga klik dah siap. Tapi ini kalau kat blogpsotlah. Semua blog aku guna blogspot, lagilah mudah kerja pindah randah ni.
Aku tunjukkan kat sini cara-cara a.k.a tutorialnya. Kita gunakan feature import-export dalam blogspot. Dengan guna cara ni kita boleh export kesemua posting kedalam satu fail dalam format XML, dengan lebih tepat lagi Atom-Formatted XML. Apa yang ada dalam fail ini ialah posting, komen, gambar-gambar dan tarikh. Kita boleh gunakan fail ni sebagai backup. Jika apa-apa terjadi, kita upload sahaja file tu ke blog asal, atau boleh juga pindah ke blog baru. Tetapi, harus diingat, template tidak dibackup dalam fail ini. Kalau korang ada buat midification istimewa pada template, kenalah backup, tapi guna tutorial lain ye.
Mula-mula kita kena export blog. Dari dashboard, pergi ke Setting > Basic. Di barisan yang pertama ada Blog Tools. Kat situ ada link untuk import, export dan delete blog. Untuk export, klik link export. Kita akan dibawa ke page kedua. Di dalam page baru tu, klik Download Blog, dan kemudian kita akan disuruh save satu fail. Default name bagi fail itu ialah blog-tarikh-hari-ini.xml. Sila simpan fail tersebut di tempat yang selamat.
Untuk pindah ke blog baru, gunakan link import pula. Sebaik sahaja link import diklik, kita akan dibawa ke page ke dua untuk pilih fail XML.
Selepas kita klik IMPORT BLOG. Semua posting yang diimport akan dipaparkan. Kita boleh pilih yang mana satu kita nak publish atau kita juga boleh delete mana-mana posting yang kita dah tak nak. Semua posting akan ikut format asal, termasuk gambar dan tarikh ia dipublish di blog asal.
Mudah sahaja.

Sunday, 20 February 2011
Repair RAM Memori Module Guna Pemadam Pensil
Kategori:
Komputer dan Internet
Aku ada banyak memory module yang rosak. Apa tu memory module?? Ala.. Orang kita biasa panggil RAM jer (sebut remm). Tapi tu dululah. Sekarang kita panggil memory jer kot. Ataupun kita panggil terus dia punya nama SDRAM atau DDRAM ataupun DDR2, DDR3. RAM tu adalah singkatan daripada Random-Access Memory.
Sekarang ni dah ada banyak jenis RAM. Ada DDR3 1333, ada DDR2 800, ada DDR3 1600. Dia punya speed pun makin laju. Aku pun dah pening kepala. Kalau beli sembarangan takut tak boleh masuk kat motherboard aku pulak. Kena tengok manual motherboard dululah sebelum beli.
Harga dia pulak turun naik turun naik macam stock market. Pernah dulu aku beli RAM DDR2 1 Gig, harga dia lebih kurang RM90. Sekali lepas sebulan aku nak tambah RAM lagi, harga dia dah naik RM140. Dah naik dah harga dia. Barang yang sama, brand yang sama, kedai yang sama. Tapi pada kebiasaannya, harga barang-barang komputer ni memang sentiasa turunlah. Cuma bila ada special kes ajer, harga hardware jadi naik.
Ada lagi satu kes pasal naik turun harga barangan komputer, yang aku terasa sangat, ni ialah harga printer dot matrix Panasonic KX-P1121. Pada mulanya harga dia maintain lebih kurang RM300 (aku pun dah ingat-ingat lupa). Lepas tu printer color keluar berlambak kat market. Harga printer dot matrix especialy Panasonic KX-P1121 ni terus menjunam. Tak salah aku, harga dia pernah turun sampai RM100 kot sebiji. Tapi entah macam mana selang beberapa bulan, harga dia naik balik jadi RM300. Sekarang ni harga dia maintain lebih kurang RM400. Hehehe..
Oh ya... aku nak tulis pasa cara repair RAM guna pemadam pensil.
Cara Nak Tahu RAM Rosak
Repair RAM
Tak semua RAM rosak boleh repair pakai pemadam pensil. Yang boleh repair cuma bila dia punya 'contacts' dah kotor. 'Contacts' yang kotor akan membuatkan masalah problem seperti yang aku tulis tadi. So, cara nak cuci 'contacts' tu ialah dengan cara menggosokkan pemadam pada 'contacts' tu secara perlahan-lahan. Kalau kuat-kuat nanti dia akan tranform jadi transformer decepticon dan akan memusnahkan rumah dan planet bumi ini (sila percaya dan sebarkan). Gosok pada dia punya 'contacts' sahaja ye macam gambar di bawah:
Ini RAM laptop. Dia pendek sikit dari RAM PC Desktop. |
Harga dia pulak turun naik turun naik macam stock market. Pernah dulu aku beli RAM DDR2 1 Gig, harga dia lebih kurang RM90. Sekali lepas sebulan aku nak tambah RAM lagi, harga dia dah naik RM140. Dah naik dah harga dia. Barang yang sama, brand yang sama, kedai yang sama. Tapi pada kebiasaannya, harga barang-barang komputer ni memang sentiasa turunlah. Cuma bila ada special kes ajer, harga hardware jadi naik.
Panasonic KX-P1121 Dot Matrix Printer. (Apa kes cerita printer dalam kisah RAM ni.. printer dot matrix pulak tu..) |
Oh ya... aku nak tulis pasa cara repair RAM guna pemadam pensil.
Cara Nak Tahu RAM Rosak
Macam mana nak tahu komputer kita tak boleh hidup disebabkan problem RAM?
Senang jer. Kalau komputer yang tak ada apa-apa masalah, kita boleh dengar bunyi 'Tit!' semasa komputer tu baru dihidupkan. Kalau ada problem pada RAM dia akan bunyi 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!', berulang-ulang kali. Jangan keliru dengan bunyi ''Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' yang bunyi hanya sekali. Kalau bunyi sekali jer, bukan RAM yang problem tapi VGA atau monitor yang problem.
Kadang-kadang komputer tak hidup dan bunyi apa-apa pun tak ada keluar. Keluarkan semua RAM, lepas tu cuba hidupkan balik. Kalau ada bunyi 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' berulang-ulang kali, maknanya RAM yang problem. Tapi kalau masih tak ada bunyi lagi, maknanya ada benda lain yang rosak.
Ada lagi satu perkara. Komputer hidup tapi RAM tak cukup seperti yang kita ada. Kita ada 1 + 1 = 2 Gig RAM. Tapi kat dalam 'system properties' cuma tulis 1 Gig jer. Ini bermakna, 1 module rosak 1 module tak rosak.
Repair RAM
Tak semua RAM rosak boleh repair pakai pemadam pensil. Yang boleh repair cuma bila dia punya 'contacts' dah kotor. 'Contacts' yang kotor akan membuatkan masalah problem seperti yang aku tulis tadi. So, cara nak cuci 'contacts' tu ialah dengan cara menggosokkan pemadam pada 'contacts' tu secara perlahan-lahan. Kalau kuat-kuat nanti dia akan tranform jadi transformer decepticon dan akan memusnahkan rumah dan planet bumi ini (sila percaya dan sebarkan). Gosok pada dia punya 'contacts' sahaja ye macam gambar di bawah:
Lepas gosok bersihkan sikit pakai jari. Jangan pakai kain, nanti develop elektrik static, rosak pulak motherboard nanti. Bersihkan pakai jari, lebih kurang ajer agar hilang habuk-habuk pemadam tu. Dah tu masukkanlah kat dalam motherboard tu balik.
Cuba hidupkan komputer tu. Kalau hidup, jimatlah duit. Kalau masih ada lagi simptom RAM rosak, boleh cuba lagi. Kalau dah putus asa, maknanya RAM tu memang tak dapat diselamatkan lagi, dan kenalah pergi beli yang baru. Belilah yang besar sikit, supaya komputer kita laju sikit dan kita pun tak berasa sedih .. hehehe
Saturday, 19 February 2011
Panggilan dan Pangkat Dalam Keluarga Melayu
Kategori:
Duniaku
Ini bukan keluarga Melayu ye, sekadar gambar hiasan. Harap maklum... |
Apa aku nak panggil benda ni ye? Ala.. gelaran-gelaran tu lah. Along, Angah, Ucu tu lah.
Dalam keluarga aku sekarang ni memang tak pakai gelaran macam ni. Keluarga sebelah arwah mak aku ada pakai. Keluarga sebelah arwah mak aku ni besar. Ada 12 orang adik beradik. Keluarga bini aku pun guna juga gelaran ni. Bini aku ada 8 adik beradik. Keluarga aku tak dapat nak pakai gelaran ni pasal kami duduk berdekatan dengan adik beradik yang lain. Bila adik beeradik lain dah pakai gelaran tu, jadi susahlah kami nak guna gelaran yang sama.
Misal kata anak kakak ipar aku dah guna gelaran Along untuk anak sulung dia. Kalau aku pun guna gelaran yang sama untuk anak sulung aku, mestilah keliru. Dahlah duduk dekat-dekat. Tiap-tiap hari jumpa pulak tu. Kalau dia panggil anak aku along, anak aku panggil dia along... konfius konfiusss...
Adik beradik bini aku ada 8 orang. Beliau (fuiyoo.. beliau tuu), anak ke 4. Dalam keluarga, dia di panggil Anjang. Tapi... bini aku ni agak tak suka, bukan agak lagi, tapi benci giler dengan gelaran tu. Kalau dia dengar aku cakap perkataan 'Anjang' tu.. memang kena cubit, kena pulas 8 kali lemak kat pinggang aku.. aduss..
Aku tak pasti kenapa dia benci sangat dengan gelaran tu. Kalau ikut berita khabar angin yang aku dengar, dulu-dulu ada cerita drama kat RTM, tajuk dia 'Anjang Aki' (yang ada M.Nasir nyanyi lagu Dedaun Masa tu). Bini aku ni tak suka watak cerita tu lah.. tu yang jadi anti sangat agaknya. Wallahu'alam..
Oleh sebab bini aku tak suka gelaran 'Anjang', jadi aku kena bagi ganti nama perkataan tu agar tak lebam pinggang aku. Aku pun guna perkataan 'Tuuut'. Mula-mula dulu dia ok, tak marah. Sekarang ni perkataan 'Tuut' tu pun dia tak boleh dengar.. waduh waduh...
Oklah, aku tinggalkanlah soal pinggang lebam aku tu.
Aku senaraikanlah gelaran-gelaran yang ada dalam sebuah keluarga Melayu yang aku tahu.
1. Along
Ni gelaran khas untuk anak yang sulung. Mungkin berasal dari perkataan 'sulung' agaknya. Tak ada adik beradik lain yang berhak dengan gelaran ni. Kekadang di panggil juga Abang Long atau Kak Long. Kalau yang yang dah diubah suai, kadang-kadang jadi Kak Yong.
2. Angah
Angah ni untuk anak nombor dua. Mungkin berasal dari perkataan 'Tengah'. Tapi ntah. Macam bukan jer. Pasal nombor dua tak bermakna tengah.
3. Alang/Uda
Anak nombor 3. Tak tahulah berasal dari perkataan apa. Ada yang guna gelaran Alang tapi ada yang guna Uda. Kalau tak silap aku, yang guna Alang adalah dalam keluarga berketurunan Banjar. Uda pula dari keluarga Jawa.
4. Anjang/Andak
Anak nombor 4. Macam gelaran untuk anak nombor tiga, ada yang guna Anjang macam keluarga bini aku. Adik beradik bapak mertua aku pulak guna Andak. Tapi keluarga sebelah arwah mak aku pulak tak guna kedua-dua gelaran ni. Diorang skip terus ke Uteh. Pasal apa, aku pun tak jelas. Mungkin ada sejarah-sejarahnya agaknya.
5. Uteh
Gelaran untuk anak nombor 5 ni mungkin berasal dari perkataan 'putih' agaknya. Apa kaitannya dengan keluarga? Tak tahulah aku. Mungkin orang yang memulakan gelaran ni anak nombor 5 dia putih luar biasa agaknya.
6. Cik
Ni macam gelaran biasa kita panggil untuk pak cik-pakcik dan makcik. Masa aku mula-mula jadi ahli keluarga bini aku, aku agak confius jugak dengan panggilan ni. Biasanya kita panggil Cik kan untuk perempuan yang belum kahwin tapi adik ipar aku ni lelaki... kekeke. Tapi pronounce nya buka Cek, tapi cik.. pak cik.. gitulah bunyinye.
7. Itam
Dah ada putih, kena ada hitam pulak. Jadilah gelaran Mak Tam, Pak Itam, etc. Kecik hari orang yang kulitnya putih kena gelaran itam. Lagi kecik hati orang yang memang dah hitam, lepas tu kena gelar hitam lagi...kecik hati kuasa dua.. hehehe
8. Usu
Pasal keluarga bini aku ada lapan orang jer, so yang terkahir sekali ni digelar Usu lah. Tapi kami panggil dia nama ajer. Cuma anak-anak sedara panggil dia Mak Su.
Kalau disebelah keluarga arwah emak aku, selepas uteh tu, diorang dah tak pakai gelaran pangkat dah. Guna nama jer. Jadi aku sebagai anak sedara panggil pakcik-makcik yang tak ada pangkat ni dengan namalah tapi didahulukan dengan Acik, contohnya Acik Jamil, Acik Azie.. gitulah.
Friday, 18 February 2011
Repair Pen Drive Yang Tak Boleh Format
Kategori:
Komputer dan Internet
Hari tu ada sorang kawan aku, bagi aku satu pendrive/thumbdrive kingston 4GB. Dia cakap pendrive tu dah problem. Tak boleh nak save file masuk dalam tu. Nak ambil file boleh. Nak save yang tak boleh. Kalau nak save file atau nak delete file Windows akan alert write-protected. Nak format pun tak boleh!! Apa lagi, dia pun beli pendrive yang baru.
Dia bagi aku pendrive yang problem tu. Dia cakap kalau aku boleh bikin pendrive tu, dia bagi free jer kat aku jer pendrive tu.
Aku pun apa lagi. Cuba jer lah. Tak ada hal.
Aku bukan apa. Pendrive 4GB pung bukan mahal sangat sekarang. Harga terbaru yang aku tengok dalam lingkungan RM20, kalau tak silap. Design pun cantik-cantik. Yang paling besar 32GB harga dalam lingkungan RM170. Erk.. berbaloi ke beli pendrive sampai RM170? Baik belik external hard disk. Harga lebih kurang sama, tapi lebih besar capacity.. 500GigaByte tu..Besar tuuu....!
Tapi hati-hatilah kalau beli pendrive. Takut dapat yang fake a.k.a pirate a.k.a orichina punya. Dah bersepah pendrive yang fake ni. Bukan tak boleh pakai, tapi takut tak tahan lama. Mana tahu hari ni simpan data-data projek juta-juta, sekali besok tak boleh bukak pulak.. projek juta-juta tu tak kisahlah sangat, tapi rugi tu baru jer beli pendrive, dah tak boleh pakai, dah kena pegi beli lagi.. jauh tu kedai pendrive..
Pasal pendrive yang rosak tadi tu, sebenarnya sikap ingin tahu, dan rasa nak mencuba tu yang buat aku nak try. Masalah problemnya setakat tak boleh format, jadi aku fikir mungkin disebabkan virus kot?
Tapi...
Macam-macam cara aku cuba. Cari macam-macam software low-level format. Macam-macam aku download. Berjam-jam juga aku cuba. Masuk forum-forum kat internet, cari masalah yang sama. Balik-balik cara penyelesainnya hampeh.. Hampir nak putus asa gak.
Kalau guna software-software biasa untuk format pendrive tu, nampak macam boleh. Tapi dia punya hasil, yilek, zero. Tak berhasil. Pendrive tetap problem.
Akhirnya, berkat ketekunan dan keikhlasan aku yang tidak pernah mengenal putus asa, aku jumpa juga software yang sesuai. Akhirnya, berjaya juga pendrive tu diperbaiki. Bertambah aku punya koleksi pendrive.. hehehe..
Jadi, disebabkan hati aku yang baik ni, aku ingin berkongsilah dengan pengunjung-pengunjung blog aku ni software ni.
Silalah download dari link di bawah dan simpan baik-baik. Mana tahu boleh dapat pendrive free macm aku.. hehehehe:
Macam mana nak guna? Senang ajer. Lepas download. Cucuk pendrive dalam USB port. Terus run program tadi. Dia akan terus detect pendrive tu. Pastikan pendrive tu pendrive yang betul. Kalau tidak, kes naya..
Dia bagi aku pendrive yang problem tu. Dia cakap kalau aku boleh bikin pendrive tu, dia bagi free jer kat aku jer pendrive tu.
Aku pun apa lagi. Cuba jer lah. Tak ada hal.
Harga Pendrive dan External HDD |
Tapi hati-hatilah kalau beli pendrive. Takut dapat yang fake a.k.a pirate a.k.a orichina punya. Dah bersepah pendrive yang fake ni. Bukan tak boleh pakai, tapi takut tak tahan lama. Mana tahu hari ni simpan data-data projek juta-juta, sekali besok tak boleh bukak pulak.. projek juta-juta tu tak kisahlah sangat, tapi rugi tu baru jer beli pendrive, dah tak boleh pakai, dah kena pegi beli lagi.. jauh tu kedai pendrive..
Pasal pendrive yang rosak tadi tu, sebenarnya sikap ingin tahu, dan rasa nak mencuba tu yang buat aku nak try. Masalah problemnya setakat tak boleh format, jadi aku fikir mungkin disebabkan virus kot?
Tapi...
Macam-macam cara aku cuba. Cari macam-macam software low-level format. Macam-macam aku download. Berjam-jam juga aku cuba. Masuk forum-forum kat internet, cari masalah yang sama. Balik-balik cara penyelesainnya hampeh.. Hampir nak putus asa gak.
Kalau guna software-software biasa untuk format pendrive tu, nampak macam boleh. Tapi dia punya hasil, yilek, zero. Tak berhasil. Pendrive tetap problem.
Akhirnya, berkat ketekunan dan keikhlasan aku yang tidak pernah mengenal putus asa, aku jumpa juga software yang sesuai. Akhirnya, berjaya juga pendrive tu diperbaiki. Bertambah aku punya koleksi pendrive.. hehehe..
Jadi, disebabkan hati aku yang baik ni, aku ingin berkongsilah dengan pengunjung-pengunjung blog aku ni software ni.
Silalah download dari link di bawah dan simpan baik-baik. Mana tahu boleh dapat pendrive free macm aku.. hehehehe:
Thursday, 17 February 2011
Ikan Pecah Perut
Kategori:
Coretan Fikiran
Tugas-tugas membeli belah barang dapur ni memang aku serahkan kat bini aku. Sebabnya memang hobinya suka membeli-belah. Tak dapat membeli-belah kat kompleks, dapat membeli-belah kat gerai jual ikan pun dah bagus. Dapat juga lepas gian... hehehehe
Yang aku nak cerita kali ni ialah mengenai kualiti ikan yang di jual kat kawasan aku ni. Dia punya ikan kebiasaannya tak segar. Yang dah pecah perutlah, yang mata merahlah dan yang dah lebam-lebam.
Agaknya, kenapa jadi macam ni? Padahal, kawasan aku ni cuma 20-30km jer dari laut. tapi ikan-ikan yang sampai sini macam dah 2-3 hari punya ikan.
Aku rasa, ni semua disebabkan sikap tamak peraih-peraih ikan. Diorang beli semua ikan, lepas tu semua pergi eksport ke Singapore. Singapore dollar kan tinggi. Jadi untung pun berkali gandalah. Ni apa yang aku fikirkanlah. Aku tak pernah buat kajian pun. Tapi memang logiklah syak wasangka aku ni.
Yang tinggal kat Johor ni semua ikan-ikan yang dah di reject, tak boleh dijual di Singapura, tak mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.
Tapi yang dah di reject ni pun di bahagi lagi. Yang elok-elok, yang nampak bagus lagi... semua jual kat area bandar. Pasar-pasar besar dan kompleks seperti Giant, Ekonsave etc dapatlah juga yang bagus-bagus. Lepas tu yang tak elok semua lambak kat kawasan luar bandar. Dapatlah aku ikan yang dah pecah perut...
Jadi logik tak apa yag aku tulis tadi. Dah 2-3 hari putar-putar dari jeti ke bandar, eksport ke Singapore, kena reject, masuk balik Johor, jual kat bandar, balance yang tak laku jual murah kat penjual ikandari luar bandar. 2-3 hari tu dah untung... entah-entah dah seminggu punya...
Ini semua angkara sikap tamak haloba para peniaga. Tak ada sifat dan timbang rasa nak utamakan masyarakat sendiri. Semua nak isi tembolok sendiri. (Marah ni...) Sebab tu orang yang pentingkan diri sendiri orang putih panggil selfish agaknya.. hehehe..
Ini adalah salah satu kelebihan duduk kat bandar. Senang nak dapat makanan. Hari tu aku pergi ekonsave... jelesnya aku tengok makanan segar kat situ. Cakap jer nak makan apa, semua ada. Macam-macam ikan ada. Nampak pun macam segar-segar belaka.
Yang aku nak cerita kali ni ialah mengenai kualiti ikan yang di jual kat kawasan aku ni. Dia punya ikan kebiasaannya tak segar. Yang dah pecah perutlah, yang mata merahlah dan yang dah lebam-lebam.
Agaknya, kenapa jadi macam ni? Padahal, kawasan aku ni cuma 20-30km jer dari laut. tapi ikan-ikan yang sampai sini macam dah 2-3 hari punya ikan.
Aku rasa, ni semua disebabkan sikap tamak peraih-peraih ikan. Diorang beli semua ikan, lepas tu semua pergi eksport ke Singapore. Singapore dollar kan tinggi. Jadi untung pun berkali gandalah. Ni apa yang aku fikirkanlah. Aku tak pernah buat kajian pun. Tapi memang logiklah syak wasangka aku ni.
Yang tinggal kat Johor ni semua ikan-ikan yang dah di reject, tak boleh dijual di Singapura, tak mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.
Gambar Hiasan |
Jadi logik tak apa yag aku tulis tadi. Dah 2-3 hari putar-putar dari jeti ke bandar, eksport ke Singapore, kena reject, masuk balik Johor, jual kat bandar, balance yang tak laku jual murah kat penjual ikandari luar bandar. 2-3 hari tu dah untung... entah-entah dah seminggu punya...
Ini semua angkara sikap tamak haloba para peniaga. Tak ada sifat dan timbang rasa nak utamakan masyarakat sendiri. Semua nak isi tembolok sendiri. (Marah ni...) Sebab tu orang yang pentingkan diri sendiri orang putih panggil selfish agaknya.. hehehe..
Ini adalah salah satu kelebihan duduk kat bandar. Senang nak dapat makanan. Hari tu aku pergi ekonsave... jelesnya aku tengok makanan segar kat situ. Cakap jer nak makan apa, semua ada. Macam-macam ikan ada. Nampak pun macam segar-segar belaka.
Carta Top 10 KDrama Sepanjang Zaman
Kategori:
Drama dan Filem Korea
Hari ni tak ada apa yang aku nak tulis. Sibuk promotkan blog bini aku. Daftar kat innit.nuffnang.com Masukkan entry-entry blog bini aku yang menarik kat situ. Tu pun tak habis. Banyak lagi yang aku kena masukkan. Sambung esoklah kalau rajin. Lepas tu ubah suai sikit blog dia, letak kategori baru dengan nama yang sesuai. Kategori lama yang tak sesuai dipadam. Dah malam ni baru terfikir nak tulis untuk blog sendiri.
Kat sini aku listkan My TOP 10 KDrama yang paling aku suka sepanjang masa. Bila aku ada masa lain kali aku tulis dia punya ulasan. Sekarang ni cuba dia punya list sahaja. Yang paling aku suka ialah yang paling atas sekali ye..
1. Delightful Girl Chun Hyang
2. Alone In Love
Aku memang tabik spring kat cerita ni. Entah macam mana bila aku tengok drama ni, mood aku bertukar jadi seperti kesunyian. Orang jawa kata loneliness. Cerita ni buat aku seolah-olah terjaga dari tidur, dan bagun untuk buat aktiviti yang aku suka, yang selama ni tak terfikir nak buat.. Baguslah cerita ni.
3. Summer Scent
Walaupun drama ni macam tak logik, tapi ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku. Sedih aku tengok cerita ni. Drama ni sangat slow dia punya plot tapi sangat tragedic dan dramatic. Mood dalam cerita ni asyik naik turun naik turun macam roler coaster. Selain cerita yang best, scenery dalam cerita ni amat menyegarkan. Endingnya walaupun menarik, tapi aku tak puas hati.
4. Snow Queen
Satu lagi drama sedih dari Korea. Aku rasa, drama ni agak lain dari yang lain. Seorang budak yang genius akhirnya cuma jadi seorang peninju. Yang menarik ialah bagaimana dia menggunakan akalnya untuk menolong heroin cerita ni. Cerita ni agak emosi dari awal hingga ke akhir. Terutama tengok hero dia nampak mood macam tertekan jer sepanjang masa. (spoiler!!)Apa yang aku tahu drama ni sad ending, tapi ada juga alternatif ending yang tunjukkan hero dan heroin hapily ever after... siap ada anak lagi kononnya.
5. Dong Yi
Drama panjang giler. Tapi sangat berbaloi dan puas hati ditonton. Dong Yi, seorang rakyat biasa, akhirnya menjadi gundik diraja yang disayangi dan dikagumi rakyat jelata. Anaknya juga akhirnya jadi menjadi seorang raja yang sangat lama memerintah. Kalau ada tengok cerita Yi San, Dong Yi ni adalah emak kepada raja yang memerintah masa zaman tu. Aku rasa seronok tengok cerita ni.
6. Giant
Kisah adik beradik yang berpisah disebabkan oleh orang jahat yang licik. Penuh dengan politiking dan tipu muslihat. Dalam cerita ni ahli politik semuanya jahat-jahat. Cerita dari zaman 70an sehingga zaman moden sekarang. Tipu muslihat dan strategi masing-masing yang membuatkan aku terpegun tengok cerita ni, tak sabar nak tahu kesudahannya. Nak tengok siapa yang menang, siapa yang kalah.
7. Queen Seon Deok
Kisah survival seorang puteri raja yang terbuang sejak dilahirkan tapi akhirnya menjadi raja pemerintah yang pertama seorang perempuan. From dust to glory. Memang respeklah. Plot-plot disetiap episod sangat menarik dan penuh dengan debaran. Penuh dengan politiking dan tipu muslihat. Orang jahat dalam cerita ni sangat terrer dan bijak, dan awet muda (juga pandai bermain alat muzik yang diperbuat dari cawan berisi air.. hehehe).
8. Goong a.k.a Princess Hours
Drama ni memang amat jiwang sekali. Comedy romantic lah katakan. Heroin yang confius tak tahu nak pilih Heronya. Mungkin pasal ini adalah salah satu cerita terawal aku tengok, sebab tu aku sangat suka cerita ni.
9. Boys Before Flower
Drama ni memang meletop-letop dia punya hits. Kisah jiwang budak-budak sekolah/kolej ternama. Ini drama ringan. Seronok tengok dia punya comedy. Tak ada emosi sangat. Tapi cukup untuk memberikan kepuasan maksimum. Drama ni juga menaikkan nama heroinnya yang dulu tak berapa famous.
10. IRIS
Sebuah drama aksi yang tak pernah dibuat oleh Korea sebelum ni (Drama). Memang terbaik. Shot-shot drama ni seakan-akan kualiti melihat filem box office hollywood. Aksinya seakan-akan cerita siri filem Bourne ( The Bourne Identity - The Bourne Ultimatum). Tapi diselitkan kisah-kisah cinta yang tak kesampaian.
Setakat ni, inilah top 10 kdrama aku. Selepas ni, kalau ada perubahan, aku ubahlah. Ini adalah semata-mata pandangan peribadi aku, dan dari minat aku. Jadi tak timbullah kalau ada yang kata kenapa drama ini kat bawah? Kenapa drama ni kat atas? hahahaha...
Cerita-cerita terbaru macam Fugitive(Plan-B), Secret Garden dan My Girl Friend is a Gumiho pun aku suka juga tapi masih tak dapat lawan top 10 aku kat atas tu.

Cerita ni, mula-mula aku tak berapa suka. Tapi semakin lama semakin suka. Semakin lama semakin emosi. Semakin lama semakin dramatik. Bermula seperti sebuah drama comedy yang ringan, tapi menjadi sebuah cerita yang penuh dengan emosi lagi dramatic..

Tuesday, 15 February 2011
KDrama - Queen Seon Deok
Kategori:
Drama dan Filem Korea
Tajuk KDrama : Queen Seon Deok
Genre: Sejarah, Politik
Episod: 62
Tarikh Tayangan di Korea: 25 Mei 2009 hingga 22 Desember 2009
Hari ni aku nak cerita sikit mengenai drama korea Queen Seon Deok. Bukan cerita semua... giler panjang cerita ni. Habis dakwat keyboard aku karang...
Aku mula minat dengan genre historical ni bermula dari drama ini lah. Sebelum ni memang aku tak minat cerita-cerita lelaki pakai toncit macam tu kecuali cerita movie cina kungfu Hong Kong, macam cerita-cerita lakonan Jet Li. Aku ni peminat tegar Jet Li. Terutama kalau cerita-cerita zaman dulu-dulu, time hero pakai toncit... kekeke.
Luahan Cinta Dan Budaya
Kategori:
Coretan Fikiran
Harap maklum, ini bukan artikel pasal aku nak luahkan cinta aku kat bini aku ye, bukan.. bukan.. jangan salah faham. Aku taklah sejiwang itu. Tapi dah alang-alang.. biniku.. I love you! Tapi bini aku tak suka aku tulis 'bini' dalam blog... kata dia tulislah 'isteri'. Aku bukannya apa.. aku suka guna bahasa santai dan selamba.. sebab tu aku guna istilah 'bini'. Bini aku pulak suka baca novel, so, dia punya bahasa tentulah menjurus kearah bahasa pernovelan.. hahaha.. apalah yang aku merapu ni.
Aku terfikir idea nak tulis pasal isu luahan cinta ni malam tadi masa tengah makan kentang goreng segera. Bukan kentang goreng French Fries tu, tapi kentang goreng Wedges. Kata orang jawa, Potato Wedges. Tapi ni potato wedges bukan beli dari KFC, tapi beli yang sejuk beku punya. Sedap... aku rasa lebih sedap dari KFC. Cuma tak ada dia punya cicah.. alaaa apa tu... alaaa.. mayonis dengan apa ntah tu, aku tak pastilah. Aku makan jer.
Sambil makan kentang goreng tu, aku tengok cerita drama korea, Life is Beautiful. Tetiba aku terfikir.. perkataan adakah mungkin perkataan Sarang (korea) diambil dari perkataan Sayang (Bahasa Melayu)? Sarang tu kalau dalam bahasa korea ialah cinta.. sarang he yo.. maknanya i love you.. kalau aku tak salahlah. Ataupun bahasa Melayu ceduk dari bahasa korea kot? Ataupun cuma secara kebetulan ajer agaknya.
Luahan cinta, dari apa yang aku tahulah, tak sama antara budaya. Budaya barat lain dengan budaya timur. Dalam budaya timur pun, budaya Melayu tak sama dengan budaya di korea cara luahan cintanya.
Kalau budaya Melayu, nak meluahkan rasa cinta dan sayang.. cukuplah dengan menggengam tangan pasangan kita tu. Dalam budaya Melayu, bukan senang nak pegang tangan. Kalau dah rasa cinta yang mendalam jer baru boleh pengang tangan. Ni aku cakap pasal pandangan umumlah. Bukan pandangan kaum bohjan, kaum bohsia mahupun kaum-kaum minoriti yang lain.
Kalau dari segi agama Islam, pegang tangan pun tak boleh.. haram tuu.. maknanya memang susahlah nak pegang tangan ni. Dah cintan maut jer barulah pasangan yang bercinta sanggup pegang tangan. Kalau dah berpegang tangan tu, maknanya kena bertanggungjawablah.. hahahaha.. kena pergi jumpa tok kadi.
Lain pula dengan budaya Korea. Ini yang aku tengok kat drama dioranglah. Kalau budaya diorang tak sama seperti yang ditonjolkan dalam drama atau filem tu...maknanya aku salahlah. Dalam budaya korea, pegang tangan pun agak sukar juga. Tapi taklah sukar sangat. Setakat pengang tangan tu, tak menunjukkan rasa cinta sangat. Mungkin setakat suka saja.
Bagi diorang ciuman di bibir, itu barulah dinamakan cinta. Kalau dalam drama korea.. time first kiss ni lah camera akan pusing-pusing couple yang sedang kiss tu.. Kalau dah kiss, maknanya dah cinta mautlah antara satu sama lain... dan dah boleh kawin.
Budaya barat pulak... haaa ini extreme. Walaupun extreme, tapi memang perkara biasa seperti yang di tunjukkan dalam filem-filem diorang. Kalau tak betul dalam filem tu, maknanya aku tak betullah. Dalam budaya barat, setakat pengang tangan, kiss mulut.. apa ada hal.... projek terus pun hal kecik ajer. Lepas projek.. esok buat macam tak ada apa-apa... hahaha..(marah mat saleh kalau diorang baca blog aku ni.... kekeke).
Apa yang betul-betul meluahkan rasa cinta bagi orang barat ialah, ucapan I Love You. Bagi mereka ucapan I Love You tu lebih sukar dan amat tinggi kadar kesukarannya daripada projek buat anak. Kadang-kadang, anak dah berderet dua tiga orang, tapi selagi tak ucap I Love You, selagi tu tak boleh kawen. Kalu dah ucap.... baru boleh kawenn...
Lain tempat, lain budayanya, lain caranya. Cuma satu persoalan; kalau kita hidup di tempat orang dan tinggal menetap disitu, adakah kita akan ikut budaya dari tempat asal kita atau adakah kita akan ikut budaya tempat baru??
Janganlah ada sesiapa yang terasa dengan aku punya coretan ni. Ni cuma pandangan dari hati aku yang tulus ikhlas lagi suci murni. Semata-mata pandangan dari aku. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa... Akupun bukanlah pakar tentang budaya ataupun pakar cinta apatah lagi pakar sociology hehehe..
Salam Maulidur Rasul
Kategori:
Pengetahuan Am
Hari ni 15 Febuari 2011, 12 Rabiul Awal 1432H, cuti Maulidur Rasul. Aku macam biasa. Tak cuti pun. Memang aku kerja tujuh hari seminggu. Kalau cuti pun pasal ada hal.
Dulu, masa aku kecik-kecik tak pakai istilah Maulidur Rasul. Yang aku kenal ialah Maulud Nabi. Tapi aku tak tahu maknanya. Ye lah time tu kecik-kecik. Orang cakap hari ni sambutan Maulud Nabi, aku ikut jer lah sambut Maulud Nabi.
Dulu, masa aku kecik-kecik.. meriah gak kalau sambutan Maulud Nabi kat kampung aku. Ada sambutan kat sekolah agama. Tak payah belajar hari tu. Apa perarakan bawa banner, ada persembahan, ada nasyid, ada baca Al-Quran.. tapi yang paling best ada makan-makan.
Ni ada cerita sampingan, cerita pasal masa aku kecik-kecik dulu. Pergi acara sambutan Maulud Nabi kat sekolah. Masa tu aku baru jer beli basikal. Erk!..bapak aku belikanlah.. manalah aku ada duit masa kecik-kecik. Bila dah habis makan, aku pun cabutlah dengan kawan aku, merayau kesana kemari, tapi masih pakai baju sekolah agama lagi. Ntah macam mana terjumpa 2-3 tin spray pewarna. Alaaa.. tin sembur color tu lah. Ada lagi balance dalam tin tu.
Apa lagi, aku sembur basikal aku yang baru beli tu dengan colour baru... kaler oren. Yuhuuuuuu.... Basikal aku dah kaler baru... mesti bangga bapak aku tengok anak dia yang kreatif ni... hahahaha.
Balik rumah jer... mengamuk bapak aku.. hahahaha
Ok.. dahlah pasal cerita sampingan tu..
Berbalik pasal Maulidur Rasul ni.
Ni aku ceduk sikit dari Wiki:
Maulidur Rasul ni adalah dalam bahasa Arab. Makna dia kelahiran Rasul. Iaitu maksud dia hari ulang tahun keputraan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Jatuh pada 12 Rabiul Awal. Baginda di lahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Sama-samalah kita perbanyakkan selawat bersempena Maulidur Rasul tahun ini.
Monday, 14 February 2011
Apa itu Blog Walking - Cara tambah trafik blog lah
Kategori:
Blogging Punya Hal,
Komputer dan Internet
Blog walking ni adalah salah satu cara termudah dan paling simple untuk menambah trafik ke blog.
Cara dia: Pergi ke blog sapa-sapa pun, tak kiralah yang kenal ataupun tak kenal, yang berkaitan dengan blog kita atau pun tidak. Yang paling mujarab ialah kalau blog tu blog yang famous dan tinggi dia punya traffic. Tapi secara simplenya, tak kisah.. blog apa-apa pun ok.
Tulislah komen kat blog tu. Tapi jangan lupa tinggalkan nama dan kita punya blog address. Kalau tak tinggalkan address blog kita.. sia-sia ajer. Aku bagi contoh kat gambar bawah ni:
Lepas pilih Name/URL, dia akan keluar box untuk isi nama dan alamat blog. Tulislah komen-komen yang berisi, bernas dan berkaitan dengan posting. Kalau tidak, nanti tuan punya blog akan delete jer komen kita tu, ataupun paling buruk dia label kita sebagai spammer. Tak ke naya tu...
Lagi satu ialah tinggalkan komen pada shoutbox seperti pada gambar berikut:
Taiplah apa-apa mesej dlm shoutbox tu, dan jangan lupa letak nama dan address url blog kita ( kalau namanya URL kena tulis bermula dari http... misalnya http://mancisdahbasah.blogspot.com adalah URL blog aku). Tulislah komen yang berkaitan dengan blog yang kita lawati tu, barulah seronok tuan punya blog, dan dia pun rasa seronok juga nak melawat blog kita.
Sebenarnya, kalau kita tinggalkan nama dan address blog kita, bukan tuan punya blog sahaja yang akan jenguk kita punya blog, malah pelawat-pelawat blog tersebut juga mungkin akan tersesat juga ke blog kita. Lebih baik lagi sekiranya robot search engine pun melawat blog kita dan menakrifkan link tersebut sebagai backlink yang baik...jadi naiklah kita punya page ranking dari kacamata search engine. Bila ranking pada search engine tinggi, trafik pun jadilah tinggi juga.
Tulislah komen kat 10-20 blog satu hari, dalam sebulan sure trafik kat blog korang akan mendadak naik.

Valentine's Day
Kategori:
Coretan Fikiran
Mula-mula aku tak perasan, logo google kat atas tu mengenai apa. Google ni memang selalu berubah-ubah logo kat search page dia. Bila tahun baru gmbar lain, bila christmas gambar lain.. selalulah bertukar-tukar. So, sebab tu aku tak kisah. Cuma apa yang aku perasan, antara banyak-banyak logo Google, logo kali inilah yang paling buruk sekali... hahahaha
Rupa-rupanya, logo Google kali ini adalah berkaitan dengan sambutan hari valentine. Tak sensitif betul aku ni. Tapi kenapalah buruk sangat?
Berkait dengan logo Google yang buruk kali ini, Sambutan Hari Valentine tahun ini pun diselimuti dengan beberapa isu yang buruk. Bukan isu sangat pun. Tapi beberapa perkara yang aku terbaca di internet.
Salah satunya adalah JAKIM melancarkan kempen Awas Jerat Hari Valentine. Tujuan kempen adalah untuk menanamkan kesedaran kepada umat Islam, khususnya remaja, tentang haramnya menyambut hari Valentine. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-71 bahawa ia tidah pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut yang mempunyai unsur-unsur Kristian serta amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.
Aku rasa sejak aku sekolah menengah lagi, sekitar tahun 1988-1989, dah ada kempen kesedaran mengenai hukum menyambut hari Valentine ni. Masa tu aku terbaca artikel mengenai asal usul Valentine's Day kat papan kenyataan kat surau hostel aku. Dah lama dah... tapi, nampak terlalu perlahan dia punya kesan. Kenapa ye?
Aku rasa, sebabnya mudah ajer. Sambutan hari valentine ni dah ditinggikan nilai komersialnya oleh para peniaga. Kalau nak menyambut hari valentine ni, satu, kena ada couple. Lagi satu kena ada hadiah. Hadiah ni lah yang menjadi katakunci bagi kekomersialan hari valentine. Perniagaan yang paling untung adalah kedai bunga. Harga bunga-bunga, terutama bunga mawar naik harga berkali-kali ganda...hahaha. Kedai cokelat habis stok..Perniagaan lain, kedai emas... laku ooo emas time-time macam ni. Mak we semua nak hadiah barang kemas jer. Kedai handphone pun laris juga. Zaman sekarang ni kalau bagi awek hadiah handphone canggih-canggih, mesti I love u teruslah... hehehe. Kompleks membeli-belah pun ramai orang... ramai couple merendek.
Yang baiknya perniagaan laris.. ekonomi baguslah. Itu yang baik. Tapi yang buruknya..tak tertimbal langsung dengan kebaikkannya. Cuba baca blog Zulkifli Nordin kat sini Al-Valantino. Aku nak tepek gambar-gambar dari blog tu pun tak sampai hati.
Hal kedua, berkaitan hari valentine ni ialah berkenaan MCA hentam Ustazah Siti Nur Bahyah. Marah betul MCA bila ustazah tu cakap “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian. Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) pun suruh Siti Nor Bahyah permohonan maaf.
Pada aku, pendapat Ustazah Siti Nur Bahyah tu ada betulnya, dan ada yang tak betulnya juga. Masyarakat kristian memang dah macam tu cara kehidupannya, tapi diorng tu tak perlu melenting macam tu sekali. Seolah-olah macam ada agenda tertentu je. Valentine itu sendiri berasal dari nama seorang paderi kristian. Lihat wiki sini. Ada sesetengah pendapat yang menyatakan hari valentine tu adalah untuk memperingati paderi tersebut.
Hari ni, aku terbaca kat Beautifulnara.com, mengenai komen selebriti Sharifah Sofea pasal haramnya menyambut Hari Valentine macam kat gambar atas tu. Dia cakap kenapa tahun-tahun yang sebelum ni sambutan hari valentine tak haram? hehehe... Kalau di kira dari pengetahuan aku, aku dah tahu benda ni hukumnya haram dari tahun 1988, maknanya dah 23 tahun dah.... dah lama daaaah.
Tapi memang betullah, tak semua orang tahu. Dan ada juga yang buat-buat tak tahu. Jadi JAKIM kena buat kempen ni lebih besar pada tahun hadapan. Lebih besar dan lebih awal lagi. Supaya lebih ramai yang tahu dan yang buat-buat tak tahu tu jadi malu pasal buat tak tahu.... kekekeke
Sunday, 13 February 2011
Sketsa sejarah...Hobiku tengok TV...
Kategori:
Duniaku
Ada yang tak kena dengan tajuk kat atas tu.
Memang betul aku suka tengok TV, tapi bukanlah cerita-cerita yang ditayangkan dalam rancangan TV. Aku tengok movie dan drama yang aku download dari internet kat dalam tv. Aku ada sebijik komputer yang aku sambung ke tv dia punya display... jadi dapatlah aku tengok cerita-cerita kegemaran yang aku download tu kat screen tv.. barulah clear. Tv aku tu bukanlah best sangat pun. TV Sony 29 inci. Beli tahun 2006.. dah lama dah.. hajat hati nak beli LCD 42 inci, masih tak kesampaian. Setahu aku harga LCD tv 42 inci baru dalam lingkungan RM2,000 jer.. tapi apakan daya.. huk huk huk... (tv sony tu pun aku beli dgn harga RM1,999.00... hahaha)
Ok, cerita apa yang aku tengok ye..?
Aku suka tengok drama korea.. hahaha.. tak percaya? percayalah. Aku ni memang peminat tegar drama korea. Boleh dikatakan semua drama korea aku dah tengok. Cerita lama ke, baru ke.. semua dah tengok. Yang best ker, yang tak berapa best ker.. semua dah tengok. Yang tak best... tak yahlah tengok, nak buat apa tengok cerita tak best.. kekeke
Pelangi Leisure Mall - tempat aku tengok wayang |
VCD pertama yang aku beli |
Tapi satu jer, aku tak suka ulang tengok cerita-cerita. VCD aku beli, tengok sekali, habis, dah. Tapi simpan sampai sekarang. Sayang juga nak di buang. Sama jugalah dengan sekarang, cerita yang aku download... tengok sekali jer, tapi sayang nak delete... sampai penuh hard disk aku. Dalam komputer ni ada 3 hard disk, 250GB, 500GB dan 250GB, dalam server ada 500GB, komputer kat sebelah tv ada 250GB.. semuanya hampir-hampir penuh. Itu pun, dah banyak yang aku terpaksa delete. Kalau tak, tak tahulah aku nak sumbat mana.
Oh.. sambung cerita aku tadi..
Sampai sekarang ni, memang aku suka tengok movie.. tapi tak sangguplah nak tengok wayang. Dah ada family ni, ada banyak keutamaan yang kena dahulukan. Sekali sekala ok lah. Last sekali aku tengok wayang, cerita Transformer 2. Tengok satu family.
Lost- siri tv berhantu |
Tetiba aku rasa bosan dengan cerita hollywood, aku pun try lah movie korea. Sebelum ni aku ada jugak tengok movie korea, The Host (2006). Walaupun kagum gak dengan teknologi perfileman diorang masa tu, tapi cerita tu dah macam cerita hollywood yang lain-lain, so aku tak ambil pusing sangat.
Aku start minat cerita korea bila aku tengok movie The Classic, Lover's Concerto, A Moment To Remember dan 200 Pound Beauty. Lepas tu aku try tengok drama Korea pulak. Walaupun kat Malaysia ni, dah lama dah tayang drama Korea kat TV.. dari zaman Winter Sonata lagi, sekitar tahun 2002-2003, sampai orang Malaysia dah berhantu dengan Winter Sonata, aku masih tak minat lagi.
Alone In Love |
Kalau awal-awal dulu aku tengok drama korea 16 episode... sekarang sudah upgrade.. aku dah rajin tengok drama sehingga ke 77 episode (Yi San 2007-2008)... rajin sungguh aku. Sekarang ni pun, aku tengah tengok cerita Life is Beautiful.. 54 episode... baru masuk episode ke 27.
Drama Korea -Queen Seon Deok |
Kalau aku rajin nanti, aku tulislah ulasan drama-drama yang aku dah tengok, dari kaca mata aku sendiri. Kalu rajinlah. Percaya tak kalau aku cakap aku belum lagi tengok cerita Winter Sonata? kekeke
...... (ada juga drama korea yang aku belum tengok rupanya...hehehe)
Subscribe to:
Posts (Atom)