Wednesday, 23 February 2011

Apa Makna Nombor 59 dan 38 Contact Lenses SofLens

Aku punya supply contact lenses dah habis. Nak kena beli lagi. Bukan contact lense yang kaler-kaler tu, yang macam awek-awek tu... bukaaaann.. Itu ngada-ngada tak der penyakit cari penyakit. Yang aku pakai ni contact lenses orang rabun betul punya. Beginilah nasib orang yang rabun yang tak mahu pakai spek. Bukan tak nak pakai spek, tapi rasa amat membebankan, rasa macam ada benda kat atas hidung (memang ada benda pun!). Cuma orang yang pakai spek jer yang faham permasalahan ini. Lebih-lebih lagi orang yang spek dia dah tebal satu inci...kekeke

Tadi aku ke Econsave, nak beli barang sikit. Alang-alang dah ke bandar ni, aku belilah contact lenses sekali. Kat Econsave tu cuma ada sebiji jer kedai spek. Tapi yang jadi agak masalahnya, packaging dia lain. Jenama sama. Bausch & Lomb SofLens. Aku memang dah biasa pakai jenama ni. Dah 10 tahun dah aku pakai brand ni. Aku pakai contact lenses pun dah lebih 10 tahun.

Bila aku tengok kotak dia lain. Aku rasa macam tak nak beli. Tapi, malas pulak aku nak ke tengah bandar tengah-tengahari ni. Lagi-lagi waktu orang tengah keluar lunch. Hmm... aku pun beli jer lah. Harga dia agak murah pulak dari yang aku biasa beli tu. Yang ni harga dia RM50, yang biasa aku beli tu harga dia RM60 (dulu RM55 sekarang dah naik!). Biasalah, dalam satu kotak tu ada 3 pasang contact lense, boleh tahan untuk 3 bulan, satu bulan buang, satu bulan buang..
Bila dah sampai rumah, aku pun bandingkan dengan kotak contact lenses aku yang lama. Baru aku perasan, selain dari kotak dia lain, dia punya nombor tu tak sama. Yang biasa aku pakai ialah SofLens 38, yang aku baru beli ni SofLens 59. SoftLens ni adalah brand contact lenses di bawah jenama Bausch & Lomb.

Aku pun cek lah kat internet (mudahlah zaman sekarang ni, maklumat di hujung jari beb!). Gelabah juga. Takut-takut tak boleh pakai yang jenis ni pulak. Dari website Bausch & Lomb, apa yang aku faham nombor 38 dan 59 tu ialah peratusan air didalam contact lenses tersebut. Dari website itu juga ada diberitahu yang material antara kedua jenis SofLens ni pun dari material yang berlainan. Lagi satu dia tulis kat situ, lebih tinggi peratusan air lebih selesa untuk orang kurang air matanya, manakala contact lenses yang kurang peratusan air adalah lebih baik kerana ia memerlukan kurang moisture untuk kelembapan.
The differences between these three contact lenses is the material. The 38 and 59 denotes the percentage water content of the contact lenses. While higher water content contact lenses may be more comfortable to wear for people who have a low level of tear fluid a low water contact lens might be better as it requires less moisture to keep it hydrated.
Entah... aku pun dah berap fahamlah.

Aku cari lagi info lain. Dekat dalam satu forum ni, ada diorang cakap yang SofLens 59 ni tak berapa bagus pasal ia 4 kali lebih tebal dari SoftLens 38. ALAMAK!! Lagi satu, SofLens 59 ni kurang penembusan oksigen pada anak mata. LAGI SATU ALAMAK!!! ni yang buat biji mata merah jer memanjang...tak cukup oksigen.

Lagi info:
Your sofmed lenses are 55% water. As a general rule with standard hydrogel lenses, the higher the water content, the more oxygen permeable they are. But the higher the water content, the more prone they are to drying out and drawing water away from your eyes, which in turn makes your eyes feel itchy and uncomfortable.
Ni yang tak best ni. Aku pun rasa semacam jer kat mata aku ni. Rasa macam tak best ajer. Kepala pun macam goyang-goyang. Macam atas kapal laut mewah gitu.. (cewah... macamlah pernah naik..).

Ataupun mungkin aku tak biasa pakai kot jenis ni. Aku try pakai jer lah dulu. Try seminggu tengok macam mana. Kalau tak ok, kena beli yang lain ni... aduih... kopak poket aku..

Update March 29, 2011:
Lepas sebulan lebih aku pakai Soflens 59 ni, aku rasa tak ada bezalah dengan SofLens 38. Macam sama aje. So, lain kali kalau tak ada 38, beli 59 pun okay aje.

6 comments:

sab said...

keh keh..sama kes pulak..baru terbeli tadi yg 59..tergelabah jugak..kalau dah sebulan pakai ok tu harap2 ok la tu

mancisdahbasah said...

dah biasa pakai nanti memang tak ada rasa beza. baru-baru pakai memang rasa ta best. pada aku soflens 38 juga yang best.

Anonymous said...

dah terbeli softlens 59 sebab nk cepat mase kat kedai tadi... patut la mase lepas pakai tu rase mcm naik 'kapal mewah' jer..and skrg mata rase mcm kering sangat2... duhh..kene tggu 3 bulan arr kalau nk beli baru ;(

Anonymous said...

sepasang lens tu berapa bulan bertahan? 3 bulan ker?

soflen said...

Nombor 59 dan 38 ternyata ada maknannya ya. Tetapi semua tergantu pemakaian, jika pemakian bersih maka akan aman

sikidal said...

selalu pakai 38 n baru2 ni beli rm65.pastu tny member yg kerja kedai spek nak banding harga brand bausch & lomb ni rm50 jer..yela selama beli 38 xpernah lg bli rm50 paling murah pun rm60..nasib google. rupa-rupanya yg rm50 tu 59 punya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...