Tinggalkan anak-anak dan bini aku kat HSI, aku terus ke JB sorang-sorang. Dah lama juga aku tak masuk bandar JB. Apa ceritalah agaknya. Tapi memang nasib aku agak kurang baik hari tu. Ada perarakan berhampiran dengan Landmark Mall. Banyak jalan yang kena tutup. Berpusing-pusing juga aku untuk nak sampai ke Menara Ansar.
Biasanya aku parking bawah bangunan Menara Ansar tu, tapi aku takut jalan kat situ pun tutup, so aku pun parking je kat parking atas/belakang. Alahai.. keciknya kawasan parking. Ni first time aku parking kat situ. Pusing-pusing 2-3 kali juga baru dapat parking. Memang agak susah gak dapat parking kat area sini.
SSM untuk Registry of Business ni letaknya kat tingkat 4, bila masuk ikut pintu belakang Menara Ansar tu, ikut tangga akan terus masuk ke tingkat 3. Naik lif ke tingkat 4. Tak der tenaga nak naik tangga... hahaha
Masuk jer SSM tu, terus kekaunter untuk ambil nombor. Orang tu bagi aku nombor 3014. Lepas tu terus jer masuk ke ruang menunggu. Tak sempat aku nak duduk, nombor aku dah kena panggil. Bagi kerani tu ROB lama, aku cakap nak renew. Terus dia buatkan. Lepas siap, kena bayar RM60 (dulu-dulu RM30 jer! sekarang dah naik tuuu). Semua siap tak sampai 5 minit. Cepat dan tangkas gak SSM ni sekarang.
Cerita pasal ROB ni, ramai juga yang tak tahu yang nak daftar perniagaan kat SSM ni sebenarnya amat mudah. Kalau berniaga, tak kiralah samada ada kedai ataupun business online, eloklah daftarkan perniagaan tu. Banyak manfaatnya. Antara manfaatnya, customer lebih yakin dan boleh buat current account perniagaan kat bank.
Meh aku cerita sikit proses-prosesnya. Ini untuk business ENTERPRISE a.k.a sole proprietor a.k.a milikan tunggal ye, bukannya company SDN BHD atau BERHAD. Kalau untuk company kita panggil ROC. Pendaftaran perniagaan boleh juga dilakukan secara online kat sini http://www.malaysia.gov.my Tapi yang aku nak cerita ni bukan cara online ye.. harap maklum. Cara online nanti lain kali aku cerita.
1. Kat SSM, mula-mula pergi ke kaunter ambil nombor(bukan nak ambil nombor), tapi mintak borang pendaftaran perniagaan. Borang-borang dia macam ni Borang A, Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan PNA.42.
2. Isi jer borang-borang tu. Borang tu simple sangat. Budak tak sekolah pun boleh isi. Bahagian nama perniagaan kenalah pilih awal-awal, sebelum datang ke SSM. Tulis tiga pilihan. Takut-takut tak available. Nak cek nama perniagaan samada available or not, rujuk kat web SSM ni https://www.ssm-einfo.my/
Ke login. Kalau tak ada akaun, register dulu.. free jer. |
Bila dah login, klik search.
klik gambar untuk lebih jelas.
4. Dah dapat nombor. Pergi tunggu kat ruang menunggu. Macam biasalah tunggu sampai nombor naik. Tunggu nombor ni yang lama, tengok ramai orang ke tak lah. Lepas tu bagi kat kerani tu borang-borang yang dah siap tadi. 10 minit siaplah tu.
Bayaran:
Kalau perniagaan guna nama sendiri : RM30 setahun. Contohnya Amat bin Bakar, Jalani bin Sidek.. nama ikut MyKad.
Kalau guna nama ciptaan sendiri: RM60 setahun. Contohnya Mancis Information, Mancis Bakor Enterprise.
Boleh bayar untuk lebih dari setahun. Darab ajerlah bayaran tu dengan bilangan tahun.
Maklumat tambahan:
Panduan permohonan nama perniagaan.
Panduan pendaftaran perniagaan baru.
2 comments:
useful information ! many thanks !
try pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang ada tolong buatkan dari a-z , siap dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia…lesen saya sehari je dia siapkan. Lepas tu ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail kalau ada apa2 yang kita tak faham dan ingin bertanyakan maklumat lanjut.
Post a Comment